Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hunny Madu Hasilkan Produk...

PETALING JAYA - Penyanyi dan pengacara Hunny Madu memberitahu sudah tiba waktunya untuk...

7 Bom Lama Dijumpai...

KUALA TERENGGANU - Sebanyak tujuh bom lama ditemukan di Terengganu hasil daripada tiga...

Tanah Adat Melaka Meningkat...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron menafikan Tanah Adat Melaka...

Dewan Rakyat Pertimbang Masa...

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat akan mempertimbang untuk membenarkan masa tambahan bagi mengisytiharkan...

Gesa Kawal Kebakaran Hutan Di Indonesia

JAKARTA – Agensi bencana Indonesia semalam menggesa tindakan tegas diambil terhadap syarikat perladangan yang mengamalkan teknik tebang dan bakar ketika asap kebakaran hutan bergerak melintasi Selat Melaka dan menyebabkan jerebu di Malaysia dan Singapura.

Kebakaran hutan di Indonesia yang bermula pada musim kemarau apabila syarikat perladangan membersihkan tanah untuk pertanian menyebabkan krisis jerebu di rantau Asia Tenggara.

Jerebu tebal menyebabkan lapangan terbang dan sekolah ditutup, dan kerajaan mengeluarkan amaran supaya penduduk tidak keluar rumah.

Indonesia sebelum ini dikritik oleh aktivis alam sekitar dan negara jirannya kerana gagal menghentikan kebakaran hutan yang berlaku hampir setiap tahun.

“Asap berpunca daripada kebakaran hutan di Riau mula memasuki Selat Melaka. Mari halangnya dan padamkan kebakaran,” kata jurucakap Badan Bantuan Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho di laman Twitter.


Katanya, sejak minggu lalu, jumlah titik panas di Kalimantan Barat meningkat dengan mendadak.

Tambahnya, cuaca kering yang menyukarkan usaha pasukan pemadam untuk memadamkan api akan mencapai kemuncaknya pada September ini. – Reuters/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori