Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hubungan ‘Adik Beradik’ Antara...

REMBAU — Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan kenyataan Perdana Menteri,...

Hina Agong Kebiadapan, Provokasi...

KUANTAN - PAS dan UMNO Indera Mahkota bersama beberapa pertubuhan serta badan bukan...

Pegawai, Anggota Polis Bebas...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan sebentar tadi melepas dan membebaskan seorang pegawai dan tiga...

Seluar Dalam Perempuan Simpanan...

China – Trend memukul wanita yang disyaki menjadi perempuan simpanan kini menjadi perkara...

Guna Dron Hantar Dadah Dalam Penjara

LONDON – Ketika firma jualan menerusi talian terkenal, Amazon berusaha mencari cara memakai dron bagi mengirim bungkusan kepada pelanggan, penjenayah sudahpun menggunakan teknologi itu untuk menghantar dadah kepada rakan mereka di dalam penjara.

Polis Britain semalam berkata, mereka menemui dua dron membawa telefon bimbit dan dadah berhampiran penjara Pentonville, London.

Seorang lelaki berkelakuan ganjil dilihat pada awal Sabtu lalu berhampiran penjara itu. Apabila didekati, dia melarikan diri, tetapi tertinggal dua beg mengandungi dadah dan telefon bimbit.

Keesokannya, polis menemui dron yang terhempas selepas dikesan terbang di penjara berkenaan. Mereka kemudian dimaklumkan mengenai sebuah dron yang terbang rendah menuju ke penjara itu.

Pesawat tanpa pemandu itu dijatuhkan oleh polis. Sejumlah besar dadah dan dua telefon bimbit ditemui bersama-sama dron berkenaan.


Media Britain sebelum ini melaporkan, terdapat lebih 30 kejadian dron digunakan di dalam atau sekitar penjara dan bahan seperti dadah dan telefon bimbit ditemui bersamanya. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori