SEORANGÂ guru telah dipukul dan dibogelkan di khalayak ramai oleh ibu bapa kepada pelajar di sebuah sekolah selepas dia didakwa mencabul salah seorang pelajar perempuan di sekolah terbabit.
Guru berkenaan yang dikenali sebagai Li, mengajar di sekolah Weixian, di China.
Selepas dibelasah, dia dibiarkan telanjang di tepi jalan dan video mengenainya telah disebarkan di media sosial.
Li dibawa ke hospital selepas polis menemui. Siasatan juga sedang dijalankan.
Menurut jurucakap sekolah berkenaan, Li sudah mengajar di situ sejak beberapa tahun lalu dan pelajar di situ menyifatkannya sebagai seorang yang baik.
Kejadian melibatkan guru dan pelajar sekolah ini bukan kali pertama berlaku di China.
Pada Mac lalu, seorang guru cuba merogol pelajar perempuannya, nasib baik perbuatan itu berjaya dihalang oleh seorang guru lain.
Ia berlaku pada waktu siang dengan guru terbabit berada dalam keadaan bogel. – MYNEWSHUB.CC