Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Wayne Rooney Makin Teruja...

WAYNE Rooney memuji Sam Allardyce yang membawa Everton kembali ke landasan yang betul. The...

Bicara 1MDB Najib Bersambung...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tuduhan rasuah...

Harga Minyak Dah Turun,...

HARGA minyak petrol turun lagi ke paras RM1.70 seliter bagi RON95 dan RM2.00 seliter...

Chant Minta Pihak Berkuasa...

GEORGE TOWN - Penang Citizens Awareness Chant Group (Chant) hari ini menggesa pihak...

Guru Sekolah Agama Tidak Terlatih – Nurul Izzah

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mempertikaikan kemahiran pedodogi guru-guru sekolah agama di negara ini untuk mengajar murid-murid.

Beliau berkata demikian dengan mendakwa sebahagian daripada guru-guru di sekolah agama tidak menjalani perguruan sebelum berkhidmat di sekolah.

Dakwanya, situasi itu menunjukkan wujud kelompongan sistem dalam saringan guru yang layak untuk mengajar di sekolah agama.

“Kajian meninjau persepsi kaedah amalan pengajaran tahfiz mendapati daripada 103 guru tahfiz yang ditemubual, mereka yang mempunyai kelayakan Ikhtisas perguruan hanya seramai 15 orang dan 86 tidak mempunyai ikhtisas perguruan.

“Ketidaksamarataan sistem pendidikan negara menyebabkan wujud isu yang melibatkan silibus mata pelajaran, guru yang tidak terlatih, fasiliti sekolah yang tidak mencapai standard akhirnya akan memangsakan pelajar itu sendiri,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan berlaku pencabulan seksual ke atas murid di sekolah agama.


Nurul Izzah dalam pada itu mengingatkan semua pihak bahjawa jenayah terhadap kanak-kanak merupakan jenayah yang merentasi sempadan agama dan bangsa.

Justeru, katanya, semua pihak harus memainkan peranan agar isu yang dibangkitkan dapat diatasi dengan kadar segera. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori