Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sekolah Pertama Ada Mesin...

KUALA NERUS - Lazimnya hanya orang dewasa memasukkan kad pada mesin perakam waktu...

Awal & Scha Tak...

WALAUPUN layak bergelar selebriti cilik, namun itu tidak bermakna pasangan pelakon dan pengacara...

6 Pekerja Migran Myanmar...

BANGKOK – Enam pekerja migran warga Myanmar terkorban manakala 17 orang lagi cedera...

Lewat Datang Latihan Kena...

ALOR SETAR - Mana-mana pemain Kedah lewat menghadiri latihan dikenakan hukuman denda iaitu...

Hasrat PPBM, Perkasa ‘Rampas’ Parti Berjasa Gagal

BELUM pun cukup sebulan permohonan parti baharu ciptaan Tun Mahathir Mohamad diserahkan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), akhirnya terdedah rahsia di sebalik isu kelewatan pewujudan badan siasah itu.

Sebelum ini timbul tanda tanya kenapa permohonan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dikemukakan pada 9 Ogos, walhal ‘orang kuat’ Mahathir, Khairuddin Abu Hassan kecoh canang kepada satu dunia konon borang tersebut akan diberikan kepada RoS pada 5 Ogos.

Akhirnya misteri itu terbongkar apabila Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) menegaskan pihaknya pernah menolak ‘pinangan’ PPBM dan Pertubuhan Perkasa yang mahu mengambil alih parti kecil itu bagi berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pemangku presidennya, Datuk Seri Dr. Mustapa Kamal Maulut, bahkan berkata Berjasa langsung tidak berminat untuk meneruskan sebarang bentuk perbincangan atau rundingan kerjasama dengan PPBM yang masih menunggu pengesahan penubuhannya daripda RoS.

“Orang luar hendak merampas ‘rumah’ kita, mestilah kita akan menentangnya secara habis-habisan. Kami tidak berminat pun untuk meneruskan perbincangan secara lebih lanjut dengan pihak Perkasa dan PPBM bagi mewujudkan sebuah lagi parti politik baharu.

Niat Pribumi, Perkasa 'Rampas' Parti Berjasa Gagal

“Saya menyeru kepada mereka (PPBM dan Perkasa) supaya berhenti ‘merisik’ Berjasa kerana tindakan mereka secara berterusan mahu memujuk ini sudah sampai kepada peringkat merimaskan kami pula,” katanya pada sidang media di Selayang, Selangor pada Sabtu.


Mustapa Kamal berkata, alasan utama Berjasa menolak keras cadangan dua pihak tersebut kerana mereka mahu mengubah kira-kira 90 peratus perlembagaan parti berkenaan selain berhasrat ingin meletakkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden yang baharu pula.

“Usaha mereka ini tidak demokratik dan tidak menghormati ahli-ahli Berjasa,” katanya. Parti Islam tersebut diasaskan oleh bekas menteri besar Kelantan, Datuk Muhamed Nasir pada 1971 setelah beliau dipecat daripada PAS susulan krisis politik di negeri Pantai Timur itu.

Berjasa ketika itu pernah menyertai Barisan Nasional (BN) sebelum keluar pada 1986 dan kemudian menjadi sekutu parti serpihan UMNO, Semangat 46 dan PAS menerusi Angkatan Perpaduan Ummah pada 1989 sehinggalah gabungan blok tersebut dibubarkan pada 1996.

Semasa PRU ke-13 pada 2013 lalu, sebuah badan hal ehwal Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menggunakan ‘tiket’ Berjasa untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut, namun calonnya kalah di semua kerusi yang dipertandingkan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori