Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Dakwaan Buah-Buahan Tin Thailand...

DAKWAAN mengenai buah-buahan dalam tin daripada Thailand mengandungi virus Human Immunodeficiency Virus (HIV)...

Keputusan Meninggalkan UMNO Dibuat...

KOTA KINABALU - Bekas Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Azizah Mohd Dun yang...

Pemuda Ini Bangga Mengaku...

Setiap manusia diberikan dugaan hidup yang bermacam-macam oleh Yang Maha Esa.Manusia paling malang...

Serangan Bom Thailand: 4...

KUALA LUMPUR - Polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan dalam...

Heidi Gan ‘Lemas’ Di Rio

RIO DE JANEIRO – Perenang jarak jauh negara, Heidi Gan sekadar mampu menduduki tangga ke-21 acara maraton 10 kilometer wanita Sukan Olimpik Rio de Janeiro, pada Isnin.

Atlet berusia 27 tahun itu melepasi garisan penamat di Fort Copacabana dalam masa 1 jam 59 minit 07.9 saat untuk menjadi perenang kedua terbaik Asia di belakang Xin Xin, 19, dari China yang menduduki tangga keempat dengan catatan 1:57:14.4s.

Acara ini menampil 26 perenang berkelas dunia dengan juara dunia Aurelie Muller dari Perancis dibatalkan walaupun menamatkan aksinya di tempat kedua.

Aurelie, 26, dikenakan tindakan tersebut selepas menolak bahu Rachele Bruni dengan lengannya untuk menghalang perenang Itali itu daripada menyentuh papan di garisan penamat dalam saingan tempat kedua yang begitu sengit.

Perenang Belanda, Sharon van Rouwendaal, 22, meraih pingat emas dengan catatan 1:56:32.1s manakala Rachele, 25, ketinggalan 17.4s untuk mendapat perak dengan catatan 1:56:49.5s.


Wakil Brazil, Poliana Okimoto yang juga juara dunia 2013, memperoleh gangsa dengan catatan 1:56:51.4s.

Di Sukan Olimpik 2012 di London, Heidi mencipta sejarah menjadi perenang wanita pertama negara melayakkan diri untuk acara itu. Peguam berpangkalan di Perth itu menduduki tempat ke-16 pada penampilan sulungnya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori