Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jangan Hina Negara Dengan...

KUALA LUMPUR - Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelar Malaysia sebagai ‘Darul Penyangak’...

Tarian Zapin Penyatu Hubungan...

TAWAU - Seni tarian zapin berupaya menjadi elemen penyatu hubungan antara rakyat di...

Erin Malek Kesal Gambar...

TAK semua orang begitu terbuka dalam berkongsi segala perkara begitu juga bagi golongan...

Upin & Ipin Terima...

CYBERJAYA - Siri animasi 3D Malaysia, Upin & Ipin, hari ini menerima anugerah...

Henti Perbuatan Hina Agama Untuk Elak Ekstremis Bertindak

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sebarang perbuatan berunsurkan penghinaan terhadap mana-mana agama harus dihentikan kerana ia akan mendorong ektremis agama untuk bertindak di luar jangkaan.

Beliau berkata golongan ektremis agama berpendapat mereka perlu berjuang membela agama mereka kerana kononnya kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penghinaan itu.

“Hina menghina antara agama ini bahaya, kita tidak tahu pemikiran ektremis agama ini macam mana … hentikan sebarang perbuatan yang ada kecenderungan menghina agama kerana ia boleh menarik minat orang yang rasa penghinaan terhadap agamanya perlu dibela.

“Kita atau keadaan sekeliling kita sendiri tanpa sedar menggalakkan bercambahnya orang bersifat ekstremis ini,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Wisma Negeri di perkarangan Wisma Negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai surat ancaman yang tertera perkataan ‘IS Ancam’ (kumpulan militan IS atau Daesh) terhadap pemimpin negara dan beberapa pegawai atasan kerajaan yang dialamatkan kepada Ketua Polis Balai Nilai, Isnin lepas.

Mohamad berkata pihak berkuasa masih menjalankan siasatan berhubung surat yang dikirimkan itu di samping menggandakan tahap keselamatan.


“Risikan sedang berjalan dan digandakan … rakyat Negeri Sembilan usah risau kerana saya yakin dengan pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia dan tahap risikan mereka,” katanya.

Sehubungan itu, katanya masyarakat perlu memainkan peranan dengan menyalurkan sebarang maklumat terhadap sebarang perbuatan yang mencurigakan.

“Kita telah (lama) keluarkan arahan … jika ada mereka didapati berperangai pelik atau bercakap tentang perkara yang boleh mendatangkan kecurigaan, supaya laporkan segera kepada pihak keselamatan.

“Ia perlu kerana kebanyakan tangkapan yang berkaitan militan di negeri ini adalah hasil maklumat daripada masyarakat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori