Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Himpun Idea Kreatif, Fokus...

KUALA LUMPUR: Komited mengajak lebih ramai pemain industri dalam negara mentransformasi perniagaan dengan...

Kadar Rt COVID-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 di negara ini menurun...

Cederakan Kekasih Tua Disebabkan...

Memphis – Seorang lelaki berusia 28 tahun, Thomas Standley ditahan selepas cuba mengasari...

Rundingan Mengenai COC Lakar...

KOTA KINABALU - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman hari ini berkata rundingan...

Hentikan Polemik Bahasa Kebangsaan Dalam FFM

KUALA LUMPUR – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berharap tiada lagi mana-mana pihak menjadikan usaha kerajaan mempertahankan kedaulatan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam Festival Filem Malaysia Ke-28 (FFM28) sebagai satu polemik.

Pengerusinya, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, beliau meminta semua pihak menerima keputusan mewujudkan Anugerah Filem Terbaik Berbahasa Kebangsaan dalam FFM28 selepas memansuhkan kategori bagi filem yang tidak menggunakan sepenuhnya bahasa bukan Melayu tanpa prejudis

Malah, katanya, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA) dan Persatuan Seniman dan Persatuan Penerbit TV Malaysia (PTVM) menerima baik pencerahan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak berhubung perkara tersebut.

“Penjelasan telah dibuat berkaitan mekanisme baharu FFM28 selaras dengan pemansuhan kategori Filem, Pengarah dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia dan kewujudan Anugerah Filem Terbaik Berbahasa Kebangsaan.

“Pihak persatuan telah menerima dengan baik pencerahan yang diberikan berlandaskan semangat untuk terus memartabatkan industri kreatif tanah air, memupuk perpaduan dan semangat toleransi pelbagai kaum serta menekankan peri pentingnya mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Malaysia, khususnya dalam soal Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi milik seluruh warga tanpa mengira kaum,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebelum ini, beberapa penerbit filem tanah air membantah pengenalan kategori Filem, Pengarah dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Dalam Bahasa Malaysia dengan mendakwa ia sesuatu yang tidak wajar.

Malah, Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut menuduh kononnya pengasingan pencalonan filem yang menggunakan bukan Bahasa Kebangsaan dalam FFM28 merupakan satu pendekatan Aparthied.

Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) dalam respons kepada dakwaan itu bagaimanapun menegaskan pengenalan kategori Filem Bahasa Malaysia dan Filem Bukan Bahasa Malaysia dalam FFM28 bukan satu diskrimansi.


Ketua Pegawai Eksekufif PFM, Pansha Nalliah dipetik berkata, langkah tersebut merupakan mekanisme yang praktikal dalam usaha memartabatkan bahasa kebangsaan dalam filem tempatan pada masa kini dan akan datang.

Mohd. Khusairi seterusnya menerangkan:

– Kategori Anugerah Filem Terbaik Nasional FFM28 adalah anugerah utama kebangsaan kepada filem terbaik yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pertuturan filem selaras dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia.

– Kategori Anugerah Filem Terbaik Malaysia FFM28 adalah anugerah terbaik festival kepada filem yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia dengan menggunakan sebarang bahasa yang dituturkan oleh rakyat Malaysia sebagai bahasa pertuturan filem.

– Kategori Pengarah Terbaik dan Lakonlayar Terbaik bagi Filem Bukan Bahasa Malaysia telah dimansuhkan dan semua filem akan bertanding dalam kategori tersebut tanpa mengira bahasa. Anugerah bagi kategori-kategori lain yang sebelum ini dipertandingkan tanpa mengira bahasa adalah dikekalkan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori