Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fokus Dahulu Yang Mahu...

JOHOR BAHRU - "Kita selesaikan dahulu mereka yang nak dapatkan vaksin, selepas itu...

Serampang Ikan Tertusuk Leher,...

AMARAN!! VIDEO NGERI BOLEH MENGGANGGU PERASAAN SESETENGAH ORANG. SYDNEY - Seorang pemancing ikan bernasib baik...

Hak Anda Ketika Sekatan...

KUALA LUMPUR - Apa hak anda sebagai orang awam sekiranya polis menghentikan kenderaan...

BN Dikompaun RM10,000 Kerana...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dikenakan kompaun RM10,000 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia...

Hilang Ribuan Followers, IG Adira AF Digodam Kali Kedua

SEBELUM ini, pelakon Izreen Asminda meluahkan kemarahannya apabila akaun Instagramnya digodam dan kini, giliran akaun Instagram Adira AF pula digodam pihak yang tidak bertanggungjawab.

Ini bukan kali pertama Instagram Adira digodam dan sekali lagi dia telah kehilangan ribuan pengikutnya di laman tersebut.

“Kelab peminat yang memberitahu perkara ini kepada saya. Saya berasa kesal dan terkilan kerana bukan mudah untuk mengumpul followers. Tambah pula, ini kejadian kali kedua.

“Saya mendapat tahu beberapa artis lain juga telah mendapat nasib yang sama seperti saya. Ada antara mereka yang mempunyai lebih ramai followers.

“Akaun itu penting bagi saya kerana ia mendekatkan saya dengan peminat dan juga sebaliknya. Akaun itu juga membantu saya mebuat promosi produk kecantikan saya,” katanya kepada BH Online.


Sebelum ini akaun Instagram milik Emma Maembong, Jihan Muse dan beberapa artis lain juga telah digodam. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori