Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Piala FA: Selangor, PKNS...

KUALA LUMPUR - Selangor melangkah ke separuh akhir saingan Piala FA 2018 dengan...

Polis Marin Tahan 69...

JOHOR BAHARU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua menahan 69 pendatang asing...

Pemilik Rayani Air Tawar...

PETALING JAYA - Selepas pekerja Rayani Air mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Ravi Alagendrran,...

Kasino Tidak Dibenarkan Dibina...

GEORGE TOWN - Ketua Menteri Lim Guan Eng menafikan kerajaan negeri DAP Pulau...

Hormati Keputusan Penggunaan Istilah Bangsa Johor

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad harus menghormati dan tidak mencampuri urusan kerajaan negeri Johor dalam penggunaan istilah ‘Bangsa Johor’, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Ini (penggunaan istilah Bangsa Johor) bukan benda baharu. Kita harus menghormati apa yang diputuskan (kerajaan negeri Johor). Isu seperti ini tidak harus panjangkan di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan negeri.

“Ia (penggunaan istilah Bangsa Johor) tidak memecahbelahkan rakyat di negara ini, sebaliknya ia boleh menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di negara ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada pameran Samsung Galaxy Note 7 Enterprise Business Showcase di sini hari ini.

Bekas perdana menteri itu ketika ditanya hadirin pada Siri Wacana Perdana Ke-20 bertajuk ‘Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia’ di sini semalam mengenai ‘Bangsa Johor’ berkata trend memberi penekanan terhadap ‘bangsa negeri’ boleh meruntuhkan perpaduan sebagai rakyat Malaysia.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini berkata konsep Bangsa Johor adalah identiti unik yang sudah lama sebati dengan Johor dan amalan masyarakat seawal tahun 1920-an apabila Almarhum Sultan Ibrahim Abu Bakar memperkenal dan menggunakan istilah itu.


Sementara itu, Salleh menasihati orang ramai agar tidak menyertai sebarang perhimpunan tidak sihat yang dicadang diadakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

“Polis akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pengangjur perhimpunan tidak sihat,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori