BANGKOK – Thaliand, negara yang kebanyakan penduduknya beragama Buddha, membuka hotel halalnya yang pertama, demi memikat lebih ramai pengunjung Muslim.
Ini sekali gus meningkatkan kekuatannya yang menyumbang kepada ekonomi negara tersebut.
Hampir 30 juta pelancong asing berkunjung ke Thailand tahun lalu tetapi hanya sekitar 658,000 pelancong datang dari Timur Tengah, menurut data industri.
Hotel Al Meroz – hotel halal empat bintang – di Bangkok yang dibuka pada November 2015, berharap dapat memainkan peranannya dalam mengubah data tersebut, dan menjana lebih banyak pelancong muslim.
“Terdapat 1.6 bilion Muslim di dunia. Ia adalah pasaran yang besar,” kata pengurus besar hotel itu, Sanya Saengboon.
“Hanya satu peratus daripada pasaran itu cukup untuk kami berkembang maju,” tambah beliau.
Al Meroz yang mempunyai seni bina seperti sebuah masjid, mempunyai dua ruang solat dan tiga dewan makan makanan halal.
Harga bilik bermula pada 4,000 baht hingga ke 50,000 baht setiap malam, kata Sanya.
Seorang tetamu di hotel itu, Aamir Fazal yang berusia 28 tahun, seorang pegawai keselamatan dari Australia, mengatakan akses kepada hotel halal menenangkan hati pengunjung muslim ke Thailand di mana makanan halal sukar untuk didapati.
“Ia adalah pengalaman yang baik. Ia adalah hotel halal yang pertama di sini dan saya mendapati ia sangat menakjubkan,” tambah Fazal.
Ingin sekali menebusi pasaran pelancong Muslim yang bertumbuh, Thailand melancarkan satu aplikasi mudah alih tahun lalu yang membantu para pengunjung mencari tempat makanan halal dan tempat menarik yang mesra Muslim.
Bahagian-bahagian selatan Thailand, dekat dengan sempadan Malaysia adalah kawasan banyak Muslim di Thailand.
Ramai warga Malaysia merentas sempadan untuk lawatan sementara tetapi satu pemberontakan berskala kecil di bahagian sempadan di selatan, yang merangkumi serangan bom di bandar-bandar yang sering dikunjungi pelancong Malaysia, menjejas perniagaan di sana.
Satu siri serangan bom di bandar-bandar selatan Bangkok yang kerap dikunjungi para pelancong bulan ini, di mana empat maut dan puluhan tercedera, menimbulkan kebimbangan bahawa pemberontakan itu mungkin merebak.
Thailand menyaksikan kenaikan 10 peratus kedatangan pelancong dari Timur Tengah pada 2015 berbanding 2014, data daripada Jabatan Pelancongan menunjukkan.Ă‚Â – Reuters