Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tuduhan Artikel Fitnah: Bekas...

PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd dilepas dan dibebaskan...

Malaysia Mahu Wujud Hubungan...

PUTRAJAYA: Malaysia secara tegas menafikan kenyataan oleh menteri Israel semasa wawancara dengan Erem News baru-baru ini yang mendakwa Malaysia mungkin akan menyertai Perjanjian Abraham dan menormalkan hubungan dengan Israel.Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdulllah pada Rabu berkata, Malaysia teguh dengan komitmennya yang sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menentang pencerobohan Israel yang berterusan serta penindasan sistematik di bumi Palestin.

Warga Emas Bantu Suami...

MUKAH - Seorang warga emas maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda...

27,500 Kes Covid-19, 115...

PUTRAJAYA ā€“ Jangkitan Covid-19 semalam terus meningkat dengan 27,500 kes dilaporkan berbanding kelmarin...

Hubungan PKR, DAP Masih Baik Walaupun PRN Batal

GEORGE TOWN – Naib Pengerusi PKR Negeri (I), Datuk Rashid Hasnon menafikan parti itu mempunyai kelebihan dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada DAP, PKR dan PAN berikutan pembatalan pilihan raya negeri secara mengejut.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Teng Chang Yeow bahawa DAP telah membatalkan pilihan raya itu kerana mereka takut kepada PKR walaupun mempunyai kelebihan dalam beberapa kerusi negeri.

PKR hanya mempunyai 10 kerusi di Dewan Undangan Negeri berbanding DAP 19 dan PAS satu.

“Kami membuat keputusan itu secara bersama dan saya hormati dan berterima kasih kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana mendengar apa yang hendak dikatakan PKR berhubung pandangan mereka tentang pilihan raya mengejut itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Rashid juga berkata walaupun PKR tidak bersetuju dengan idea mengadakan pilihan raya mengejut itu dan kini dibatalkan, pentadbiran negeri masih berfungsi seperti biasa.

Idea mengadakan pilihan raya mengejut itu dibuat selepas Lim didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah. Bagaimanapun, idea itu dibatalkan pada 31 Julai selepas tidak mendapat sokongan PKR. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori