Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Nabil Insaf Lepas Tengok...

PENGACARA dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad mengakui kini sedang cuba mendalami ilmu agama...

TMJ & Nazri Aziz...

ISU melibatkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Pelancongan dan...

UMNO Perlu Ambil Kira...

SABAK BERNAM - UMNO perlu mengambil kira kepentingan golongan bukan Melayu kerana parti...

Makan Ikan Mentah Punca...

BANGKOK – Apabila beliau berada di sebuah sekolah perubatan, Narong Khuntikeo telah menemui...

Imigresen Kedah Tahan 12 Pati Di Alor Setar

ALOR SETAR – Jabatan Imigresen Kedah menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara dalam ‘Op Ikrar’ di tiga kedai makan di sekitar bandar raya ini, semalam.

Pengarah Imigresen Kedah Mohd Rizal Abidin berkata operasi pada pukul 5.30 petang itu melibatkan pemeriksaan di Jalan Putra, Pekan Simpang Kuala dan Bukit Pinang, di sini.

“Hasil pemeriksaan, lima lelaki serta seorang wanita Thailand, empat lelaki Pakistan dan dua lelaki Myanmar berumur antara 17 dan 52 tahun ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tiada dokumen perjalanan yang sah dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) kerana tinggal lebih masa selepas tamat tempoh pas lawatan sosial.


Mohd Rizal berkata kesemua mereka yang ditahan ditempatkan di lokap Imigresen, Bangunan Kementerian Dalam Negeri, Alor Setar untuk siasatan sebelum diserah ke Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori