Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

10 ADUN N.Sembilan Angkat...

KUALA PILAH - Sepuluh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Negeri Sembilan mengangkat sumpah...

Kes Jangkitan Malaria Di...

IPOH - Jumlah kes jangkitan malaria di penempatan Orang Asli Pos Kemar di...

Usus Besar Terkeluar, Lama...

NGERI…seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital pada waktu tengah malam selepas menyedari sebahagian...

Rampasan Kes Rasuah Terbesar...

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas RM114.5 juta daripada dua...

Impian Pesakit Kanser Naik Jet Pejuang Tercapai

TERUJA… Itu yang dapat menggambarkan perasaan Muhammad Farhan Najmi Johari apabila diberi peluang menaiki pesawat pejuang tentera di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang, Selangor baru-baru ini.

Remaja berusia 13 tahun yang disahkan menghidap tumor sel garma pada Ogos lalu, berpeluang merealisasikan impiannya untuk menjejakkan kaki ke pesawat pejuang F/A-18D Hornet selama 20 minit.

Juruterbang jet pejuang TUDM yang berkepakaran tinggi menjadikan ianya satu pengalaman yang mendebarkan untuk Farhan apabila melakukan terbang lintas diikuti pendaratan di Pangkalan Udara Subang dengan penuh gaya dan ketepatan.

Impian pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Tinggi Melaka itu direalisasikan menerusi program ‘Make-A-Wish’ yang dijalankan badan bukan kerajaan Make-A-Wish Malaysia dengan kerjasama TUDM.

Farhan nyata terharu dengan peluang yang diberikan itu dan mengakui mempunyai minat mendalam terhadap bidang penerbangan dan dunia ketenteraan sejak kecil lagi.


Penyakit anak bongsu daripada tiga adik beradik ini beransur pulih setelah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kitaran selain pembedahan untuk membuang sel kanser di Hospital Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori