Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dunia Bomoh: Temberang Tapi...

TEMBERANG bomoh bukan isu baharu. Dedahlah apa sahaja penipuan dan muslihat bomoh, namun...

MH17: Pem. Juruterbang Antara...

Jenazah pembantu juruterbang Muhammad Firdaus Abdul Rahim adalah antara 16 mayat warga Malaysia...

Litar Sepang Ditutup Untuk...

KUALA LUMPUR - Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menutup trek perlumbaannya dari 15...

Pembangunan Bandar Malaysia Tidak...

PUTRAJAYA - Pembatalan perjanjian jualan saham (SSA) Bandar Malaysia tidak mengugat rancangan jangka...

Indah Ruhaila Akui Akan Berkahwin Mac 2017

SEBELUM ini, penyanyi Indah Ruhaila ada mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak mahu membebankan dirinya dengan hutang semata-mata mahu mengadakan majlis perkahwinan meriah.

Terbaharu, pemilik nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussin, 29, juga telah mengesahkan akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang pengurus akaun pada Mac tahun hadapan.

Tambahnya, pengumuman ini juga akan menamatkan segala spekulasi yang mendakwa pertunangannya selama tiga tahun dengan jejaka itu sudah berakhir.

“Saya lega apabila sudah mempunyai tarikh untuk melangsungkan perkahwinan, selepas tiga tahun kami bertunang.

“Secara tidak langsung, ini juga membuktikan bahawa hubungan kami masih kuat dan ia akan berakhir dengan perkahwinan seperti yang dirancang walaupun mengambil tempoh yang panjang.


“InSha Allah kami akan berkahwin pada cuti sekolah bulan Mac tahun depan, tetapi belum ada tarikh yang tepat,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, kedua belah keluarga juga berasa gembira dan merestui kuputusan berkenaan. Mereka juga dikatakan telah memulakan persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan Indah. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori