PEMAIN badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei menafikan ada menerima surat daripada musuh tradisinya dari China, Lin Dan.
Sebaliknya, Chong Wei secara berseloroh menjawab:Â “Saya tak tulis, dia (Lin Dan) tak tulis. Itu wartawan China yang tulis. Dia (wartawan China) ingat kami bercinta ke, tulis surat ka?”
Surat tersebut menjadi viral di media sosial apabila ia dikatakan ditulis Lin Dan sebaik tewas di tangan Chong Wei pada perlawanan separuh akhir perseorangan lelaki yang berlangsung Jumaat lepas.
Baca:Â Surat Lin Dan Kepada Chong Wei Hanya Imaginasi
Ketika ditanya mengenai pertukaran jersi, Chong Wei berkata itu adalah aksi spontan Lin Dan memandangkan perlawanan itu mungkin menjadi kali terakhir mereka beradu dalam satu gelanggang yang sama.
Dalam surat yang kononnya ditulis Lin Dan itu mengisahkan sepanjang perjalanan karier sukan mereka berdua di gelanggang badminton. – MYNEWSHUB.CC