JIKA anda sedang menantikan atau menabung sempena peranti terbaharu keluaran Apple, iPhone 7, penantian anda bakal berakhir.
Ini kerana, info berkaitan tarikh pelancaran iPhone 7 telah didedahkan oleh ‘pembocor rahsia’Â yang tidak asing lagi dalam arena telefon pintar.
Penulis gajet terkenal Evan Blass, baru-baru ini di laman Twitternya mendedahkan iPhone 7 akan diperkenalkan kepada umum pada 12 September 2016 kelak.
Meskipun ini bukanlah tarikh rasmi daripada Apple, namun desas-desus yang dinyatakan oleh Evan sering dijadikan rujukan buat laman-laman gajet popular seperti Engadget, The Verge dan GSMArena, ekoran kerap meniriskan beberapa info lebih awal sebelum pengenalan sesuatu produk.
Sementara itu, pengguna di Amerika Syarikat dilaporkan boleh membuat pra tempahan seawal 9 September dan bakal menerima iPhone terbaru ini seawal 16 Septermber. Hari yang sama iPhone 7 dijual secara retail.
Tidak seperti keluaran iPhone sebelum ini, warna ‘space grey’ yang begitu ikonik buat pengguna Apple dikatakan akan ditamatkan.
Sebaliknya, Apple bercadang untuk menggantikannya dengan warna deep blue atau space black.
Dalam pada itu, beberapa laman sesawang terkemuka mengatakan kemungkinan Apple iPhone 7 Plus bakal hadir dengan dual-camera serta fungsi optik yang lebih jelas, manakala port audio-jack mungkin akan dibuang.
Apa-apa pun jika anda ingin kepastian, hanya perlu menunggu pengesahan rasmi daripada Apple mengenai tarikh pelancaran iPhone 7 ini. – MYNEWSHUB.CC