Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Pelancong Tersangkut Di Pokok...

SUASANA di Batu Ferringhi dekat George Town, pada Isnin menjadi cemas apabila dua...

Bekas Aktres Porno Rusia...

BERLIN- Kisah viral menerusi laman Facebook versi Rusia, VKontakte baru-baru ini benar-benar mengerikan apabila...

PAN Perlekeh Hasrat Rayani...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) memperlekehkan hasrat Rayani Air mahu...

1,000 Unit Rumah PPR...

BALING - Sebanyak 1,000 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan harga bawah...

Iskandar Malaysia Kumpul RM208 Bilion Pelaburan Komited

JOHOR BAHRU – Iskandar Malaysia mengumpul sejumlah RM208 bilion pelaburan komited dari 2006 hingga 30 Jun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib yang juga Pengerusi Bersama Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), berkata daripada pelaburan komited kumulatif itu, 51 peratus atau RM106.43 bilion membabitkan pelaburan yang sudah direalisasikan.

“Dalam tempoh itu, pelabur tempatan menyumbang RM124 bilion manakala 40 peratus (RM84.05 bilion) dari negara asing, yang membuktikan mengenai keyakinan jiran kita dan negara lain di dunia (terhadap Malaysia),” katanya semasa berucap pada pelancaran Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP) Iskandar Malaysia, Helios Cove, di Permas Jaya, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Ketua Pegawai Eksekutif IRDA Datuk Ismail Ibrahim dan Pengerusi dan Presiden Kumpulan Greenland, Zhang Yuliang.

Najib berkata pelaburan besar itu membuktikan asas ekonomi negara yang kukuh terutama hasil pengukuhan ekonomi oleh kerajaan menerusi pemansuhan subsidi ke atas petroleum dan gas, melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) selain mempelbagaikan ekonomi.

Walaupun ramai yang mengkritik GST dan ia diekspolitasikan oleh beberapa bekas pemimpin, sistem percukaian itu menjadi penyelamat Malaysia ekoran kejatuhan ketara harga minyak dan gas, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

“Mereka sedar bahawa ia merupakan tindakan yang tepat, namun mereka mendakwa sebaliknya,” kata Perdana Menteri, dan menambah kerajaan berjaya mengharungi pelbagai kekangan global dan masih kekal pada kedudukan yang baik untuk merealisasikan wawasan menjadi negara berpendapatan tinggi.

Mengenai Iskandar Malaysia, Najib berkata sejak 2007 hingga 2015, wilayah ekonomi ini telah mewujudkan 682,169 pekerjaan dengan kebanyakannya dalam sektor seperti perkilangan, hospitaliti, makanan dan minuman serta pendidikan.


Sementara itu, mengenai bandar raya pintar, najib berkata konsep bandar raya
masa hadapan perlu disediakan, memandangkan 90 peratus daripada penduduk Malaysia akan berhijrah dan tinggal di bandar menjelang 2020.

Memetik satu kajian, Najib berkata daripada hampir 32 juta penduduk di Malaysia, 74.5 peratus kini tinggal di bandar raya dan kawasan bandar.

“Angka ini diunjur meningkat kepada 90 peratus menjelang 2020. Dalam erti kata lain, terdapat sejumlah 21 orang, yang sama ada berpindah ke bandar atau dilahirkan, dan ini diterjemahkan kepada 504 orang sehari dan 183,960 orang setahun.

“Oleh itu, permintaan untuk infrastruktur bandar raya pintar sangat besar dan penting,” katanya dan menambah beliau gembira melihat Iskandar Malaysia muncul dengan SMARTXP.

SMARTXP yang dibuka kepada orang ramai mulai hari ini, juga membenarkan pengunjung melalui pengalaman dan persekitaran kehidupan tinggal di bandar raya pintar yang dilengkapi teknologi terkini termasuk pengalaman realiti maya selain permainan interaktif. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori