VIRAL di laman sosial, isteri Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong iaitu Ho Ching membawa tas tangan bermotifkan dinosaur berwarna putih sewaktu lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS).
Menurut laman berita milik pemerintah republik itu,Ă‚Â Channel News Asia, tas tangan berkenaan hanya berharga S$14.80 iaitu bersamaan dengan RM45.
Ho dilihat membawa beg berkenaan sewaktu menghadiri majlis ketibaan rasmi di White House, Washington DC yang disambut sendiri oleh Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle.
Tambah laman itu lagi, tas tangan itu adalah hasil rekaan pelajar autisme dari Pathlight School, Seetoh Sheng Jie yang obses dengan haiwan zaman purba tersebut.
Tas tangan berkenaan bagaimanapun dijual secara dalam talian menerusi laman web The Art Faculty dalam usaha mempromosikan bakat kanak-kanak autisme.
Satu jam selepas gambar Ho viral di internet, permintaan terhadap tas tangan berkenaan meningkat naik sehinggakan pihak The Art Faculty hampir kehabisan stok.
Ho merupakan penasihat kepada persatuan ibu bapa Pathlight, Autism Resource Centre, dan juga penaung Autism Association Singapore. – MYNEWSHUB.CC