Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tonton Perlawanan Bola Sepak...

KUALA LUMPUR - Walaupun di Makkah perlawanan separuh akhir bola sepak Malaysia menentang Indonesia dalam temasya Sukan...

Gempa Bumi Kuat Di...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter melanda pantai...

12 Kawasan Diramal Catat...

Kuala Lumpur : Sebanyak 12 kawasan di empat negeri diramalkan mengalami suhu panas...

Perempuan Simpanan Bersiri Hanya...

Caroline Hoare, hanyalah seorang wanita biasa yang telah bercerai dan berusia 49 tahun...

Isu Laporan Polis: Tiada Sikap Berat Sebelah – Khalid

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak andaian bahawa polis mengamalkan sikap berat sebelah dalam menangani isu laporan polis dibuat Naib Ketua Pemuda UMNO Khairul Azwan Harun.

“Dalam kes siasatan Khairul Azwan ini, kita telah mempertimbangkan segala-galanya setelah kita mengkaji percakapan (Khairul Azwan) yang diberi. Jadi, kita ambil keputusan untuk tidak meneruskan apa-apa tindakan,” katanya.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilaporkan berkata pihak polis mengamalkan sikap berat sebelah atau ‘double standard’ apabila tidak mengambil tindakan terhadap Khairul Azwan yang membuat laporan polis berdasarkan andaian dan dengar cakap.

“Tak apalah, kalau nak layan komen sebegini, saya tak ada kerja lainlah,” kata Khalid kepada pemberita pada majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Pada 26 Julai lepas, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap beberapa individu dengan mendakwa mereka dipercayai terbabit dalam konspirasi menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Semalam, Khalid berkata polis menghentikan siasatan berhubung laporan polis itu setelah siasatan mendapati Khairul Azwan membuat laporan hanya berdasarkan kepada andaian dan dengar cakap.


Bercakap kepada media di Petaling Jaya malam ini, Khairul Azwan berkata adalah menjadi tanggungjawab beliau dan Pemuda UMNO untuk mempertahankan kepimpinan Najib yang juga merupakan presiden parti.

Mengenai laporan polis itu, beliau berkata: “Ia merupakan hak rakyat Malaysia untuk meminta bantuan polis sekiranya timbul ancaman.

“Namun, saya ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak polis dan Ketua Polis Negara atas kerjasama (yang ditunjukkan),” katanya.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku sebagai situasi ‘Mexican standoff’ yang mana tiada pihak muncul sebagai pemenang mutlak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori