Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Elly Mazlein Selamat Bertunang

PENYANYI, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein kini sah bergelar tunang kepada pasangannya, Mohamad...

Mangsa Banjir Tanggung Rugi...

BUKIT MERTAJAM - Mereka bukan sahaja terpaksa membersihkan rumah yang diselaputi lumpur selepas...

JPS Kelantan Belanja RM1.9...

KOTA BHARU - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan membelanjakan sebanyak RM1.931 juta...

MIC Ubah Cara Berpolitik,...

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh...

Jalan Sesak, Dayang Nurfaizah Tak Malu Naik LRT

PENYANYI Dayang Nurfaizah, 34, mengakui tidak pernah berasa malu jika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti LRT hanya kerana bergelar selebriti dan dikenali umum.

Tambahnya, dia tidak mempunyai sebab untuk berasa malu kerana ia lebih mudah jika ingin ke suatu tempat di dalam Kuala Lumpur kerana tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas.

“Semua pun tahu keadaan trafik di Kuala Lumpur ini macam mana dan lagi mudah kalau menggunakan pengangkutan awam berbanding memandu sendiri.

“Malah saya sendiri selalu menggunakan LRT jika keluarga saya dari Sarawak datang ke Kuala Lumpur untuk bersiar-siar.

“Mereka juga dapat merasai cara hidup seperti kebanyakan masyarakat lain di ibu kota,” katanya kepada mStar Online.


Bermula 1 September ini, Hot FM@LRT akan menampilkan pengisian muzik dan informasi di platform LRT terpilih bagi menghiburkan pengguna dan bagi Dayang, ia merupakan satu perkara positif kerana ia boleh menghiburkan pengguna ketika menanti di platform.

“Saya sendiri sebagai pengguna LRT kadang-kadang berasa bosan juga kerana tiada hiburan ketika menunggu dan inisiatif ini sangat baik tambahan pula ia bukan sahaja ada lagu tetapi informasi,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori