Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Chong Wei Sedia Beri...

KUALA LUMPUR - Projek Khas kendalian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mendapat komitmen serta...

Taufan Paling Kuat Badai...

TOKYO – Taufan paling kuat pernah membadai Jepun dalam tempoh 25 tahun tiba...

Dani Carvajal Terlepas Euro...

MADRID - Real Madrid mengesahkan bahawa pertahanan kanan, Dani Carvajal mengalami kecederaan hamstring...

Kehamilan Remaja: Siapa Yang...

Oleh Salbiah SaidRencana ini adalah bahagian pertama daripada dua bahagian mengenai kehamilan luar...

Janda 41 Tahun Rompak Dua Bank Guna Sekeping Nota

SEORANG wanita berusia 41 tahun telah berjaya merompak dua buah bank dengan hanya menggunakan satu nota ugutan dalam siri kejadian rompakan pelik di Thessaloniki, Greece.

Laporan pihak polis menyatakan bahawa suspek tersebut merompak kedua-dua bank dengan menunjukkan satu nota yang mendakwa dia membawa dua orang rakannya yang bersenjata di luar bangunan.

Menggunakan taktik licik tersebut untuk merompak dua bank berkenaan, wanita itu berjaya merompak wang tunai sebanyak 30,840 euro (RM140,805).

Suspek yang didakwa di mahkamah lewat petang semalam mengaku dia merupakan janda memiliki dua orang anak lelaki remaja serta mempunyai perniagaan borong perikanan.

Menurut wanita itu, dia terpaksa berbuat demikian kerana dia mempunyai hutang lebih 50,000 euro (RM228,821) yang perlu dilangsaikan.


Tambahnya, perniagaan borongnya juga terjejas akibat daripada krisis kewangan yang bermula sejak ahir 2009 sehingga telah menyebabkan dia jatuh miskin dan pekerjanya menjadi penganggur. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori