Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas...

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini...

CIDB Siasat Insiden Takal...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berasa kesal dengan insiden...

Jangan Guna Super Resdong,...

KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihat supaya tidak membeli dan menggunakan ubat 'Super...

Ahmad Faizal Dipanggil Menghadap...

KUALA KANGSAR - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu masih belum...

Jangan Biarkan Diri Dikuasai Aplikasi ICT – Salleh

KOTA BELUD – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengingatkan rakyat agar tidak membiarkan diri mereka dikuasai sesetengh aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) sebaliknya, mereka perlu menguasai aplikasi berkenaan.

Salleh berkata terdapat aplikasi ICT tertentu yang amat baik dan bermanfaat kepada rakyat kerana ia membantu dalam aspek pembangunan sosioekonomi sekiranya masyarakat menguasai dan menggunakanya dengan sebaik mungkin.

Namun, katanya kemudahan itu boleh bertukar menjadi tidak baik apabila teknologi berkenaan mula menguasai individu atau masyarakat.

“Kita perlu hati-hati. Kemudahan seperti ini kita perlu kuasai. Jangan pula dia kuasai kita. Kalau kemudahan ini menguasai kita, di situlah timbul banyak masalah.

“Kadang-kadang kita percaya segala-galanya. Ada yang menggunakan aplikasi ini untuk menanamkan fitnah dan tohmahan. Kita tanpa usul periksa, terima bulat-bulat. Akhirnya, kemudahan itu menguasai pemikiran kita dan bukan kita menguasai kemudahan itu,” katanya.


Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan Komuniti Pintar Kota Belud di sini hari ini.

Inisiatif Komuniti Pintar Kota Belud berkenaan dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Turut hadir, Pengerusi MCMC Datuk Seri Dr Halim Shafie. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • ICT

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori