Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Hujan Lebat, 20 Lokasi...

KOTA KINABALU: Hujan lebat sejak jam 2 petang tadi di sekitar daerah ini...

Beli, Kibar Jalur Gemilang...

KUALA NERUS - Orang ramai disaran membeli dan mengibarkan Jalur Gemilang sempena bulan...

50 Rakyat Malaysia Mati...

IPOH - Penyakit jantung koronari masih menjadi pembunuh nombor satu yang meragut kira-kira...

Kak Pah Punk: BFF...

NILAI persahabatan sukar ditaksir dengan angka material. Orang sekarang menyebutnya sebagai Best Friend Forever...

JDT Akan Akur Jika Dipotong Mata – TMJ

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) akur jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mahu memotong mata pasukan itu disebabkan kekecohan yang berlaku di Stadium Ipoh, Perak malam kelmarin.

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga pemilik JDT berkata, pihaknya akan akur dengan keputusan itu jika benar JDT yang melakukan kesalahan hingga menyebabkan kekecohan itu berlaku.

“Saya telah menyuarakan pendapat saya ini sejak dua tahun yang lalu kepada FAM untuk mendenda dan memotong mata bagi mana-mana penyokong pasukan yang membuat kekecohan dalam sesuatu perlawanan.

“Saya tidak tahu mengapa baru sekarang ada pihak tertentu yang ingin mencadangkan tentang pemotongan mata ini sedangkan perjalanan liga bola sepak kita sudahpun berjalan separuh musim. Sepatutnya ianya diselaraskan dari awal musim lagi. Tetapi sekiranya pihak FAM ingin melaksanakannya juga, kita terima dan kita akur sekiranya pihak kami ada melakukan kesalahan tersebut,” katanya dalam satu wawancara yang disiarkan di laman Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers hari ini.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang memandang berat insiden itu dalam reaksinya semalam meminta FAM mempertimbangkan cadangan menolak mata ke atas pasukan sekiranya penyokong mereka didapati menimbulkan kekecohan.


Jelas beliau, cadangan itu dilihat lebih efisien bagi memastikan penyokong lebih berdisplin ketika menonton perlawanan di stadium. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori