Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Gadis 14 Tahun Lacurkan...

SEORANG gadis berusia 14 tahun melacurkan diri sendiri sebanyak 35 kali hanya kerana...

Pelajar Ceria Nikmati Semula...

TIDAK dapat digambarkan bagaimana gembiranya pelajar di Academia Bautista de Puerto Nuevo di...

Yatt Hamzah Selamat Dalam...

YATT Hamzah terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila tayar kereta yang dipandunya pecah,...

Maut Ketika Selamat Isteri...

IPOH - "Demi menyelamatkan isteri dan anaknya, abang saya terkena renjatan elektrik akibat...

JDT Semakin Hampir Pertahan Kejuaraan Liga Super

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mencerahkan peluang mengekalkan kejuaraan Liga Super selepas menang tipis 3-2 ke atas pesaing terdekat, Felda United pada aksi ke-19 liga di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka Pahang, malam tadi.

Kemenangan ke-15 dicatat skuad Harimau Selatan kendalian Mario Gomez menyaksikan mereka mengutip 49 mata, berkelebihan tujuh mata ke atas Felda United dengan tiga perlawanan untuk ditamatkan.

Tiga gol JDT pada perlawanan tersebut dijaringkan Mohd Amri Yahyah pada minit ke-29, Juan Martin Lucero (minit ke-36) dan Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak pada minit ke-59 manakala gol pasukan tuan rumah hasil jaringan Muhammad Syahid Zaidon pada minit ke-37 dan Mohd Hadin Azman pada minit ke-44.

Terdahulu, pemain Felda United, Nor Fadzly Alias dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan pada minit ke-58 kerana membantah kad kuning yang diterimanya selepas mengasari pemain JDT.

Di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu, jaringan pada penghujung perlawanan oleh Baddrol Bakhtiar menyaksikan Kedah menang tipis 2-1 ke atas Kelantan.

Terdahulu, Abdul Halim Shaari meletakkan Kedah di hadapan menerusi gol pembukaan pada minit ke-20 sebelum Wan Zack Haikal Wan Noor menyamakan kedudukan untuk Kelantan pada minit ke-70.

Sebelum itu, jurulatih Kelantan, Velizar Emilov Popov diarah meninggalkan kawasan padang selepas bertindak mempertikaikan beberapa keputusan diambil pengadil perlawanan, Muhd Nazmi Nasaruddin.

Selangor pula kekal di tangga keempat carta Liga Super selepas seri 1-1 menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching.

Junior Aparecido meletakkan skuad ‘Ngap Sayot’ di hadapan pada minit ke-40 sebelum Adam Nor Azlin menyamakan kedudukan untuk Selangor pada minit ke-76.

Sebelum itu, Selangor beraksi dengan 10 pemain setelah pertahanannya, Ugo Ukah dilayangkan kad merah selepas dikatakan sengaja menghantuk kepala rakan sepasukannya, Bunyamin Umar pada penghujung perlawanan.


Pada aksi pertembungan dua pasukan utara, Perak menang selesa 4-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Perak, Ipoh.

Empat gol skuad The Bos Gaurus dihasilkan oleh D. Kenny Pallraj pada minit ke-27, Mohamad Fazrul Hazli (minit ke-38), Muhammad Ridzuan Azly (minit ke-69) dan Elias Fernandes de Oliveira pada minit ke-81.

Gol tunggal Pulau Pinang dijaringkan oleh Ranti Martins menerusi sepakan penalti pada minit ke-56 setelah Jeong Seok Min dikasari kapten Perak, Mohd Nasir Basharudin dalam kotak penalti.

T-Team turut mengutip tiga mata selepas menang tipis 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada aksi di Stadium Hang Jebat, Melaka.

Dua gol skuad ‘The Titans’ disumbangkan oleh Mohd Nor Hakim Hasan pada minit ke-14 dan Dilshod Sharofetdinov pada minit ke-41 sebelum PDRM mengurangkan defisit jaringan menerusi Muhd Fakhrul Aiman Sidid pada minit ke-82.

Sebelum itu, PDRM terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Ahmad Nizam Mohd Rodzi dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Shaharudin Man setelah mengasari pemain T-Team, Mohd Hasan Basri Ahmad pada minit ke-77.

Perlawanan antara dua pasukan Pantai Timur, Terengganu dan Pahang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus berakhir dengan keputusan seri 1-1. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori