Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tangani Maksiat Termasuk LGBT...

TANJUNG MALIM — Peningkatan gejala maksiat termasuk lesbian gay biseksual dan transgender (LGBT)...

Mayat Lelaki Ditemui Terapung...

KUANTAN - Satu mayat lelaki yang hanya berseluar pendek ditemui terapung di Sungai Pahang berhampiran...

Bank Islam Urus Dana...

KUALA LUMPUR - Universiti Kolej Insaniah (KUIN) telah melantik Bank Islam Malaysia sebagai...

Siti Nordiana Jalin Hubungan...

SITI Nordiana sehingga kini, masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan perkara yang rancak diperkatakan...

Jenazah Pengasas Pasaraya Mydin Selamat Dikebumikan

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Mydin Mohamed Ghulam Hussein, pengasas rangkaian pasaraya Mydin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini pada pukul 3 petang ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba dari Hospital Pantai ke rumah anak lelakinya, Ahimmat Mydin di Taman Pantai, Bangsar pada pukul 10 pagi.

Jenazah kemudiannya disembahyangkan sebelum disemadikan.

Kira-kira 1,000 orang terdiri daripada anggota keluarga, saudara mara dan rakan taulan hadir di rumah keluarga beliau serta di tanah perkuburan.

Allahyarham Mydin, 88, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai, Kuala Lumpur pada 5.06 petang Isnin.

Lahir di Pulau Pinang pada 1928, Allahyarham meninggalkan isteri Rowshan Bai, 80, serta tujuh anak.

Turut hadir Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.


Anak Allahyarham yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd, Datuk Ameer Ali Mydin, 60, berkata antara amanat terakhir bapanya ialah untuk melihat kesemua anaknya bekerjasama dalam mengembangkan perniagaan keluarganya itu.

“Arwah sering nasihat kepada kami adik-beradik supaya jangan terburu-buru untuk mengembangkan perniagaan, kestabilan perniagaan itu lebih penting dan patut diutamakan,” katanya.

Kenalan rapat keluarga, Jaikishin Shewandas, 50, yang sudah mengenali arwah selama hampir 30 tahun berkata arwah merupakan seorang yang pendiam namun mudah didekati.

Katanya arwah sangat prihatin terhadap kebajikan pekerjanya dan sangat dihormati dalam dunia perniagaan kerana kejujurannya.

“Beliau merupakan seorang individu yang mempunyai prinsip dan sangat kuat bekerja,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Mydin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori