Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nik Aziz Sifatkan Peserta...

SUSULAN Program 'I Want To Touch A Dog' yang dianjurkan di sebuah taman...

Isu Gaji: Ayuh! Selamatkan...

BERLARUTAN sejak 2015, dan berpanjangan pada Musim Liga Malaysia 2017 - pasukan bolasepak...

120 Pengendali Makanan Bazar...

KOTA BHARU: Seramai 120 pengendali makanan di negeri ini dikenakan notis kompaun selepas...

Jenazah Bella Selamat Dikebumikan

BATU PAHAT - Jenazah Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella,...

Jerebu: Seri Manjung Catat IPU Tertinggi Setakat 9 Pagi

KUALA LUMPUR – Sebanyak 31 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 9 pagi ini dengan bacaan tertinggi direkodkan di Seri Manjung, Perak iaitu 96.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), antara kawasan yang turut mencatatkan IPU sederhana ialah Kampung Air Putih, Taiping (81), SK Jalan Pegoh, Ipoh (77), Seberang Jaya 2, Perai (69), Pelabuhan Klang (67) dan Jalan Tasek, Ipoh (66).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas, berbahaya.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Selasa berkata keadaan itu dipengaruhi jerebu merentas sempadan berikutan kebakaran tanah dan hutan di Sumatera tengah yang dibawa angin Monsun Barat Daya.


Berdasarkan laporan Pusat Meteorologi Khas ASEAN yang berpusat di Singapura pada Isnin, bilangan titik panas yang dikesan di Indonesia terus meningkat sejak beberapa hari lalu, iaitu sebanyak 48 titik panas dikesan di Sumatera dan 49 di Kalimantan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori