Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Operasi SAR Kru Kapal...

JOHOR BAHRU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi kru kapal dagang...

MRT: Kerja Meroboh Ampang...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan 39 pemilik...

PM Bertemu Kepimpinan, Ahli...

ALOR SETAR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengadakan pertemuan...

Stephen Hawking Ramal Kiamat...

AHLI fizik dan kosmologi  terkenal Stephen Hawking telah menyerahkan tesis kajiannya yang meramalkan hari kiamat...

Johan As’ari Tak Nak Terikut Trend ‘Artis Sado’

PELAKON Johan As’ari mengakui dirinya tidak mahu terikut-ikut dengan trend artis ketika ini yang giat membina badan menjadi ‘sado’ bagi menarik perhatian umum.

Menurut Johan, dia hanya akan membina badan jika diperlukan bagi membawa watak yang diberikan dalam drama atau filem yang dibintanginya.

“Saya tak terfikir mahu membuat badan sehingga menjadi sasa seperti artis lain. Walaupun ada watak yang mahukan saya untuk berbadan sado, ia hanya tuntutan watak itu sahajalah.

“Selepas penggambaran, saya tidak akan meneruskan aktiviti membina badan dan badan saya akan kembali seperti biasa,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Johan, 30; yang pernah belajar agama di Indonesia, dia yakin bahawa mutu dan kualiti lakonan adalah lebih penting untuk dinilai, bukannya bentuk badan semata-mata.


“Saya rasa drama sekarang bukan memerlukan pelakon yang berbadan sasa sahaja, dan saya tak pernah rasa tergugat dengan kehadiran mereka yang lebih kacak dan sasa.

“Saya rasa ramai penerbit yang mahu mengambil pelakon yag berbadan biasa seperti saya untuk berlakon. Sebenarnya yang paling penting ialah bakat dalam lakonan,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori