Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Keputusan Rayuan Kes Bakar...

PUTRAJAYA: Keputusan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan seorang pemuda berusia 22 tahun daripada...

Sudan Bebaskan Semua Tahanan...

KHARTOUM - Presiden Sudan, Omar al-Bashir, pada Khamis telah mengeluarkan satu dikri membebaskan...

Ayda Jebat Nafi Caras...

PELAKON Ayda Jebat menepis dakwaan yang mengatakan dirinya menjadi punca kepada perpisahan pasangan...

Kerjasama PH-BN Di Kelantan...

KOTA BHARU : Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di...

Johor Peruntuk RM50 Juta Atasi Krisis Air Mersing

TANGKAK – Kerajaan negeri hari ini memperuntuk serta-merta sebanyak RM50 juta bagi mengatasi krisis air di daerah Mersing.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata sebagai permulaan, kerajaan negeri memutuskan untuk membuat saluran perpindahan air sejauh 30 kilometer bagi membantu Loji Air Tenglu di Sungai Lenggor.

“Diharap ia mampu menyelesaikan masalah air di Mersing dan juga kawasan sekitarnya,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Kebangsaan Ke-59 peringkat negeri di sini hari ini.

Beliau berkata kerajaan negeri memandang serius isu dan cabaran air bagi mencari penyelesaian dalam masa jangka pendek dan panjang.


Mohamed Khaled berkata oleh kerana masalah berkenaan tidak boleh dibiarkan berlarutan, kerajaan negeri mendahulukan peruntukan sendiri sebelum menerima dana daripada kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan cabaran dan isu air dalam jangka masa panjang untuk seluruh negeri Johor. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori