Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Mahathir Perlu Sedar Dirinya...

KUALA LUMPUR – Dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau adalah ‘top dog’...

Polis Masih Giat Kesan...

KUALA LUMPUR - Siasatan dan pencarian alat Radiografi Industri (RDD) mengandungi isotop radioaktif...

DBP Laku Pelbagai Usaha...

KUALA LUMPUR - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah melaksanakan pelbagai usaha untuk...

Larangan Bawa Anak Ke...

PUTRAJAYA - Kerajaan belum membuat keputusan mengenai penguatkuasaan melarang ibu bapa membawa anak...

Jurang Pembiayaan Kemanusiaan Harus Segera Diatasi

KUALA LUMPUR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah bertitah menggesa supaya jurang pembiayaan kemanusiaan segera diatasi sambil berkata perkara itu adalah amat penting.

Titah baginda, dana dan sumber yang diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan telah meningkat sejak beberarapa tahun kebelakangan tetapi ia tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Titah Sultan Nazrin, Pejabat Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan memerlukan bantuan sebanyak US$21.6 bilion pada 2016 bagi memenuhi keperluan 95.4 juta penduduk yang paling terjejas akibat konflik dan bencana alam di 40 negara.

“Setakat ini, hanya kira-kira satu perempat daripada jumlah itu diterima, dan masih kekurangan kira-kira US$16 bilion,” titah baginda semasa bertitah melancarkan Siri Dialog Diplomatik Kuala Lumpur Business Club di sini malam tadi.

Dalam ucapan bertajuk “Bencana Kemanusiaan dan Keamanan Dunia”, baginda menarik perhatian bahawa bencana kemanusiaan bukan satu fenomena akhir-akhir ini kerana peperangan, konflik, banjir, gempa bumi, letupan gunung berapi, kebuluran dan lain-lain telah membelenggu dunia dan komuniti sejak sejak zaman-berzaman.

Sultan Nazrin bertitah bahawa yang tidak kurang penting ialah bantuan yang diberi dilakukan dengan cara yang boleh meningkatkan daya tahan negara-negara dan komuniti yang terdedah kepada bencana untuk menghadapi dan mengharungi krisis pada masa depan dengan lebih bersedia.


Baginda menegaskan bahawa pendekatan terbaik untuk menangani bencana kemanusiaan buatan manusia ialah mengelakkan atau mengurangkan kemungkinan bencana itu berlaku.

“Tiada manusia – lelaki, wanita atau kanak-kanak – perlu menanggung kesakitan dan penderitaan pelarian dan migran penduduk yang terjejas di negara-negara seperti Syria, Iraq, Palestin, Afghanistan atau Sudan Selatan,” katanya.

Baginda menyeru masyarakat antarabangsa mencari cara yang efektif untuk mengurangkan pencabulan undang-undang kemanusiaan antarabangsa secara terang-terang.

“Pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang memusatkan perjuangan khusus untuk keamanan global juga boleh memainkan peranan efektif kerana mereka kurang terdedah kepada politik kuasa dan perlunya berpegang kepada nilai-nilai yang betul daripada segi politik,” titah baginda.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori