Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kaedah ‘Prime Minister Question...

KUALA LUMPUR - 'Prime Minister Question Time' yang dilaksanakan Parlimen Australia menarik minat...

MH 17: Trauma Memikirkan...

BALU kepada Robert Ayley, 29  mangsa nahas tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di...

1MDB: PKR Percaya Media...

IA bukan sahaja lucu tetapi amat sedih buat umat Islam di seluruh dunia...

Najib Dakwa Tak Tahu...

KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa beliau...

Juruterbang ‘Ajar’ Penumpang Mabuk Ganggu Anak Kapal

SEORANG juruterbang sebuah syarikat penerbangan terpaksa menggunakan kekerasan dalam menangani seorang penumpangnya yang mabuk kerana enggan kembali tempat duduknya dan mengganggu anak kapal.

Menerusi sebuah video berdurasi 3 minit 30 saat menunjukkan seorang juruterbang American Airlines dengan beraninya berdepan seorang individu yang dikenali sebagai Michael Kerr setelah pesawatnya mendarat di Charlotte, Utara Carolina, Amerika Syarikat.

Juruterbang 'Ajar' Penumpang Mabuk Ganggu Anak Kapal
Michael Kerr

Dia kemudiannya menolak individu lelaki terbabit yang dianggarkan berumur 25 tahun itu ke lantai dan menenangkannya sambil berkata: “Jangan sesekali berani menyentuh anak kapal saya.”

Menurut laman Metro.co.uk, difahamkan Kerr didakwa menendang dan menolak beberapa anak kapal dalam satu penerbangan pada 21 Julai lalu.

Menerusi video itu, Kerr berkata: “Apa sahaja yang kamu lakukan akan tersebar di Facebook, kamu seorang pengecut.”

Manakala seorang saksi kejadian itu, Brian Colon berkata, meskipun dia bekerja dengan syarikat penerbangan lain, kejadian seumpama itu adalah pertama kali disaksinya.


Seorang lag saksi yang berusia 23 tahun dikenali sebagai Charlotte berkata: “Saya takut, sangat takut. Saya merasakan seseorang perlu masuk campur untuk membantu anak kapal terbabit.”

Kerr ditahan dan didakwa kerana melakukan serangan, mabuk, dan menimbulkan kekacauan serta membuat ugutan terhadap anak kapal penerbangan itu.

Malah dia juga tidak dibenarkan menaiki mana-mana penerbangan komersial. Kerr dibebaskan selepas membayar bond sebanyak AS$25,000 (RM101,411.25). – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • mabuk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori