MUNGKIN ia bukan satu yang idea yang baik untuk masih mengikuti perkembangan bekas kekasih anda di media sosial, seperti yang dilakukan oleh Selena Gomez dan Justin Bieber.
Minggu lalu, penyanyi lagu Baby itu telah memuatnaik beberapa keping gambar bersama kekasih barunya, Sophia Richie ke laman Instagramnya.
Sophia yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi lagenda antarabangsa, Lionel Richie, juga seorang model fesyen remaja di Amerika Syarikat.
Tindakan Justin ini tidak diterima baik oleh peminat-peminat tegar Selena yang beranggapan Justin hanya mempergunakan gadis mentah berusia 17 tahun itu untuk memuaskan sifat playboynya.
Oleh kerana itu, mereka beramai-ramai  secara berjemaah meninggalkan emoticon berbentuk ular di ruangan komen gambar-gambar tersebut, hanya untuk mengejek sikap jelik Justin.
Terkesan dengan respon yang diberikan, Justin membalas tindakan peminat-peminat Selena itu dengan meninggalkan komen berbunyi: “Saya akan jadikan Instagram ini private jika anda teruskan kebencian ini, keadaan ini sudah menjadi tidak terkawal, jika benar anda semua peminat saya, anda tidak sepatutnya melayan sesiapa yang saya suka dengan buruk.”
Tiba-tiba, Selena pula muncul entah dari mana untuk “memperbetulkan” komen berbaur ugutan tulisan Justin itu:
“Jika kamu tak dapat menahan respon negatif yang diterima jadi hentilah muat naik gambar teman wanita kamu- itu sepatutnya istimewa untuk tatapan kamu berdua sahaja. Jangan marah peminat kamu. Mereka sayangkan kamu.”
Selena kemudiannya ‘kantoi’ menyunting kembali komennya dengan menambah, “Mereka sayang dan menyokong kamu lama sebelum orang lain berbuat begitu.”
Tidak habis setakat itu, sejurus selepas itu Selena pula memuat naik gambar kolaj yang merakam beberapa detik berharga dengan para peminat di Instagram miliknya yang disertakan dengan kapsyen, “Sepenuh hidup saya. Anda semua adalah yang paling bermakna. Terima kasih kerana membenarkan saya terus lakukan apa yang saya cintai.”
Kemudian, apabila semua beranggapan drama swasta ini sudah berakhir, Justin pula membalas komen Selena!
“Kelakar apabila seseorang gunakan saya untuk meraih perhatian dan masih cuba untuk mengalihkan kesalahan itu kepada saya. Menyedihkan. Semuanya baik sahaja.”
Tidak mahu kalah, Selena yang berperangai keanak-anakan itu terus membalas kembali kenyataan Justin dengan kata-kata yang lebih pedas menggigit:
“Kelakar apabila seseorang yang telah curang berulang kali, cuba mengalihkan kesalahan kepada orang yang bersifat pengampun dan sentiasa menyokong, tak hairanlah mengapa peminat naik meradang. Menyedihkan. Semuanya baik sahaja.”
Selena dan Justin bercinta selama dua tahun dan putus pada tahun 2013 oleh kerana Justin dikatakan berlaku curang dengan meniduri ramai wanita lain.
Kecurangan Justin memberi kesan yang mendalam kepada Selena yang telah mengalami depresi selepas hubungan mereka terputus hingga perlu dimasukkan ke pusat rehabilitasi untuk mendapatkan rawatan dan rehat.
Selepas Selena, Justin dilihat menjalinkan hubungan cinta dengan ramai wanita cantik seperti model Hailey Baldwin, bintang realiti dan kakak kepada Kim Kardashian iaitu Kourtney Kardashian, Yovana Ventura, supermodel Miranda Kerr dan penyanyi Rita Ora.-MYNEWSHUB.CC