TIDAK seperti Justin Bieber yang mencampakkan hadiah pemberian peminatnya, penyanyi Justin Timberlake pula memperlihatkan sikap terpuji apabila sanggup memenuhi permintaan bapa pengantin perempuan yang memintanya bergambar dengan pasangan pengantin baharu itu.
Baca: Lepas ‘Perang’ Dengan Ex, Justin Bieber Tutup Instagram
Justin berjaya ‘mengganggu’ foto perkahwinan pasangan pengantin yang ketika itu sedang mengabadikan foto perkahwinan mereka di Resort Omni Mount, Washington, Amerika Syarikat, baru-baru ini.
Justin kebetulan sedang makan tengah hari di resort tersebut ketika ditemui bapa pengantin perempuan yang menyampaikan hasratnya untuk Justin bertemu dengan anak perempuannya yang baharu sahaja sah bergelar isteri.
Pasangan pengantin itu, Ryan Parks dan Chelsea Gaudet ternyata terkejut dengan kehadiran tetamu tidak diundang yang berjaya menerbitkan senyuman di wajah kedua-dua mereka.
Selepas bersalaman dan bergambar buat seketika, Justin memberitahu dia perlu menghadiri sebuah majlis resepsi perkahwinan selepas itu menyebabkannya tidak sempat menjamah kek perkahwinan Ryan dan Chelsea.
Chelsea kemudiannya menyatakan:Â “Kami pada mulanya sedang leka mengambil gambar dan secara tiba-tiba Justin Timberlake muncul, bersalam, ucap tahniah dan bergambar dengan kami.
“Kami terharu dengan kesudian Justin, tak sangka gambar kami akan jadi viral,” katanya memetik portal Entertainment Tonight. – MYNEWSHUB.CC