Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Polis Dirakam Berhibur Ditukar...

JOHOR BAHRU - Semua pegawai dan anggota terlibat dalam video pegawai polis berhibur...

“Ayuh Menang Piala FA...

PEMAIN Manchester United, Juan Mata menyifatkan kelab tersebut perlu menjuarai Piala FA bagi...

Felda United Pemangkin Sukan...

KELAB Felda United jelas menjadi pemangkin pembangunan generasi muda dalam sukan futsal negara...

Orang Awam Tak Perlu...

SUBANG - Orang ramai tidak perlu bimbang dengan kekuatan pertahanan udara negara kerana...

Kaki Pancing Dikhuatiri Lemas, Bot Dinaiki Karam

JOHOR BAHRU – Seorang kaki pancing dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama tiga rakan dan seorang tekong karam di Empangan Sembrong, dekat Kluang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham, yang dihubungi, berkata kaki pancing itu ialah Abu Asri Zailani, 26, berasal dari Kampung Batu 7, Simpang Renggam, dekat Kluang.

Tiga rakan dan seorang tekong yang terselamat setelah berjaya berenang ke tebing empangan pula ialah Muhammad Hanif Mohamad, 27; Muhammad Haziq Mohamad, 21; Mohd Syarifuddin Rusydan Othman, 26; dan Abd Aziz Ek Kunja Ahmad, 55, yang juga tekong bot.

Mohamad berkata sebelum kejadian, Abu Asri telah meminta Abd Aziz menghantarnya bersama rakan dari Jeti Sembrong ke Pulau Teluk, kira-kira 3.15 petang semalam, untuk memancing.

Sekitar pukul 9 malam, dia kemudian meminta tekong agar mengambil mereka semula untuk pulang ke jeti terbabit bagaimanapun, ketika dalam perjalanan pulang itu, bot dinaiki mereka bocor dan terus tenggelam.


“Kesemua rakan Abu Asri dan tekong bot menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing empangan manakala dia pula hilang dan dikhuatiri lemas.

“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Kluang telah digegaskan ke tempat kejadian untuk mencari dan menyelamatkannya,” katanya.

Menurut Mohamad, setakat pukul 8 pagi ini, lima anggota polis serta beberapa anggota dari jabatan lain turut membantu dalam operasi tersebut. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori