Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Video ‘Kuda Putih’ Polis...

KUALA LUMPUR - Tanpa mengira hujan atau panas, tugas setiap anggota polis trafik...

Kasut Lusuh Adik Natasha,...

SAYU... Sebak rasa hati melihat wajah anak kecil ini dan bertambah sedih apabila memandang...

Junkware Removal – Hapuskan...

TAHAP sekuriti kebanyakkan komputer kini merupakan salah satu fokus utama pengeluar barangan teknologi,...

Kenyataan Saham FGV Rugi...

KUALA LUMPUR - Kenyataan bahawa saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) mengalami...

Kalau Dah Putus Dengan Emma Saya Bagi Tau – Kamal Adli

PELAKON Kamal Adli, 30, meminta media dan orang ramai tidak mendapatkan sebarang berita tentang hubungannya bersama Emma Maembong menerusi orang luar yang hanya memburukkan lagi keadaan.

Menurut Kamal, dia sudah berjumpa dengan Emma selepas pulang dari penggambaran di Barcelona beberapa hari lalu bagi memperbaiki hubungan mereka yang dikatakan sedang berdepan dengan masalah sejak minggu lalu.

“Tentang hubungan saya dan Emma, jangan dengar cakap orang luar. Selagi belum keluar dari mulut kami sendiri, bermakna hubungan kami masih belum berakhir.

“Saya dan Emma sudah berjumpa dan kami sedang berusaha untuk memperbaiki hubungan ini,” katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, dia sudah penat untuk melayan berita berkaitan hubungan dan kisah cintanya bersama Emma.


“Saya sudah letih nak melayan cerita begini, biarlah apa orang nak cakap tentang hubungan kami tetapi jika betul saya sudah putus dengan Emma, saya akan beritahu sendiri,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori