Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nahas Pesawat: Laluan Keluar...

KUALA LUMPUR : Laluan keluar dan masuk ke Persimpangan Elmina dari kedua-dua arah...

14.5 Juta Pencarum Mungkin...

KUALA LUMPUR - Kebimbangan bahawa kira-kira 14.5 juta pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja...

Israel Dakwa Belum Dimaklum...

BAITULMAQDIS - Israel berkata, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump masih belum memaklumkan mereka...

Pulau Pinang Kekurangan Bekalan...

GEORGE TOWN ā€“ Pembekal telur ayam di negeri ini sekali lagi dihimpit kebimbangan...

Kanak-Kanak Lelaki Antara 6 Pati Ditahan Di Kota Tinggi

JOHOR BAHARU – Seorang kanak-kanak lelaki merupakan antara enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang ditahan polis kerana memasuki negara ini dengan cara tidak sah di Pantai Mados, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal pagi ini.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata tangkapan ke atas kesemua PATI berusia antara tiga hingga 40 tahun itu dilakukan pada pukul 6.30 pagi ketika sedang menunggu giliran untuk dibawa ke lokasi tertentu.

Sebelum itu, mereka dilaporkan baru sahaja mendarat di pantai berkenaan menggunakan bot pancung.

“Kesemua PATI itu terdiri daripada lima lelaki dan seorang perempuan dewasa serta seorang kanak-kanak lelaki.


Mereka kini ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai dokumen dan memasuki negara melalui jalan yang tidak diwartakan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khiu, PPM akan terus menjalankan operasi dan rondaan bagi mengekang kemasukan PATI secara tidak sah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori