Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Insiden ‘Fun Fair’: Pengusaha...

KUALA SELANGOR : Pengusaha tapak pesta yang mengakibatkan tiga cedera di Bandar Puncak...

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Ammar Mengaku Lakar Tatu...

TIDAK keterlaluan kami katakan, semenjak dari awal pembabitannya dalam industri seni, pelakon dan model,...

Proton Berada Di Landasan...

KUALA LUMPUR - Pengendali pusat servis Proton di Nilai, Negeri Sembilan, Ryan Lai,...

Kanak-Kanak Perempuan 8 Tahun Ditemui Mati Lemas

SUNGAI PETANI – Kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, Nur Aishah Suhaimi, dari Kampung Tengah, Padang Temusu dekat sini, yang tergelincir ke dalam sungai berhampiran rumahnya Jumaat lalu, ditemui mati lemas kira-kira 9.55 pagi tadi.

Komander operasi mencari dan menyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu Mohd Razmi Abd Rashid berkata, mayat murid Sekolah Kebangsaan Seri Gedong itu ditemui terapung dan tersangkut pada dahan pokok mati di dalam sungai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Operasi pencarian sejak dua hari lepas itu disertai anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan Tikam Batu, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Kuala Muda dan orang kampung.

“Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.


Dalam kejadian pukul 5.30 petang itu, mangsa yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu sedang bermain bersama rakan-rakannya di atas titi berhadapan rumah mereka sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam sungai dan hanyut dibawa arus deras. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori