KUANTAN – Persatuan Pemulihan Orang Kurang Upaya Negeri Pahang akan mengadakan sambutan program ‘Wana Warni di Ambang Kemerdekaan’ di Sungai Lembing selama dua hari.
Pengurus Bengkel Sampul Surat Sungai Lembing, Suhaili Abu Saari berkata kernival itu akan diadakan pada 28 Ogos dan 31 Ogos yang akan dirasmikan Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail.
Beliau berkata program akan turut diisi dengan jualan oleh orang kelainan upaya, pertandingan perhiasan kek, gubahan dan fesyen.
Pertandingan karaoke akan turut diadakan dengan menawarkan hadiah wang tunai dan hamper di Dewan Panggung Lama Sungai Lembing.
Peserta diwajibkan menyanyi sebuah lagu wajib yang bertemakan kemerdekaan antaranya Bahtera Merdeka (Aishah), Warisan (Sudirman), Pahlawanku (Siti Nurhaliza), 31 Ogos (Sudirman) dan Perwira (Siti Nurhaliza), katanya. – BERNAMA