Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Iktiraf UEC Dikecam, Langkah...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pertubuhan Almuni Kelab-kelab UMNO Luar Negara Malaysia, Wan Md...

Ezad Exist Kantoi Positif...

Perintah reman dikeluarkan selama empat hari oleh Mahkamah Majistret Selayang kepada penyanyi dan...

Bank Di Seluruh Dunia...

FRANKFURT - Bank-bank di seluruh dunia sedang mengurangkan jumlah pekerja terbesar dalam tempoh...

TUDM Mula Hantar Misi...

SUBANG - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini menghantar sebuah pesawat A400M...

Keadaan Dr. Mahathir Bertambah Baik – IJN

KUALA LUMPUR – Keadaan bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dirawat di Institut Jantung Negara di sini kini bertambah baik, kata jurucakap IJN.

Dr. Mahathir, yang dimasukkan ke pusat perubatan itu pada Selasa kerana jangkitan di dada, masih mendapat rawatan tetapi “keadaannya bertambah baik,” kata jurucakap itu kepada Bernama hari ini.

Setakat ini, belum ada keputusan bila Dr. Mahathir akan dibenarkan keluar, katanya.

Dr. Mahathir, 91, ditempatkan di wad biasa dan lawatan adalah terhad kepada anggota keluarga berdasarkan nasihat pasukan perubatan.

Pada 1989, beliau mengalami masalah jantung dan kemudian menjalani pembedahan pintasan koronari di IJN.


Dr. Mahathir menjalani pembedahan pintasan jantung kali kedua pada 2007.

Pada 2013, beliau dimasukkan ke IJN selama 10 hari untuk rawatan jangkitan di dada. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori