Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mahdzir Selar Nurul Izzah...

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan hari ini menyelar kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai,...

Kenny Rogers Roasters Bolot...

KUALA LUMPUR - Kenny Rogers Roasters (KRR) memenangi 'Anugerah Tanggungjawab Sosial Korporat Francais...

Pindaan Akta Hasutan Dibuat...

KUALA LUMPUR - Pindaan Akta Hasutan 1948 yang dibentangkan bagi bacaan kali kedua...

Punggung Ditikam Samseng Jalanan

KUALA LUMPUR - Ditikam di punggung selain dibelasah teruk. Itu nasib dua beradik...

Kedah, Kelantan Layak Ke Suku Akhir Piala Malaysia

KUALA LUMPUR – Kedah dan Kelantan muncul pasukan terawal layak ke suku akhir saingan Piala Malaysia 2016 selepas masing-masing mencatat kemenangan, malam ini.

Kedah terus mengukuhkan cengkaman dalam carta Kumpulan A, setelah meraih kemenangan tipis 3-2 ke atas Johor Darul Ta’zim II di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang, malam ini.

Skuad Helang Merah, yang kini mengumpul 10 mata, memperoleh tiga gol menerusi Smeltz Shane Edward pada minit ke-12, Mohd Syazwan Zainol (36) dan Baddrol Bakhtiar (55), manakala gol tuan rumah dijaringkan Paulo Rangel pada minit ke-35 dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak (44).

Mengekori rapat dalam Kumpulan A adalah T-Team dengan tujuh mata apabila cemerlang menewaskan Sarawak 3-0, hasil dua jaringan Makan Konate pada minit ke-14 dan 52, diikuti Muhammad Zulhanizam Shafine pada minit ke-74 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Sementara itu, jaringan tunggal Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-62 sudah cukup untuk Kelantan menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, sekali gus mengungguli Kumpulan B dengan 10 mata.

Turut berada dalam kumpulan yang sama, Selangor kekal di kedudukan kedua dengan tujuh mata selepas menewaskan Pahang 3-0, hasil jaringan hatrik Patrick Ronaldinho pada minit ke-35, 66 dan 80 di Stadium Shah Alam.


Dalam pada itu, Felda United kekal menerajui Kumpulan D, hasil jaringan Francis Forkey Doe pada minit kelapan dan ke-16, untuk menewaskan Melaka United 2-1 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, manakala gol tunggal pasukan lawan menerusi Nurshamil Abd Ghani pada minit ke-10.

Pasukan Felda United berada di tangga teratas kumpulan dengan sembilan mata, mengatasi Negeri Sembilan dengan perbezaan jaringan.

Di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan meraih kemenangan 1-0 ke atas Terengganu, menerusi jaringan Goran Jerkovic pada minit ke-17. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori