Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1,100 Penduduk K.Terengganu Tuntut...

KUALA TERENGGANU - Kira-kira 1,100 penduduk tiga taman perumahan di Jalan Terkukur, dekat...

Zahid Buat Penampilan Sulung...

Ahmad Zahid Hamidi membuat penampilan sulungnya pada Kongres DAP hari ini, selepas berdekad-dekad...

3 Kampung Di Pekan...

PEKAN - Dua buah rumah rosak teruk manakala 22 lagi mengalami kerosakan dalam...

Noh Omar Berdepan Pertandingan...

TANJONG KARANG - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh...

Kedah Sedia Lebih RM1 Juta Bantu Bas Henti-Henti

ALOR SETAR – Lebih RM1 juta disediakan kerajaan negeri untuk syarikat bas henti-henti di Kedah bagi tahun ini sahaja bagi memastikan mereka meneruskan perkhidmatan demi kepentingan rakyat.

Exco Pengangkutan negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata, walaupun kerajaan sedar perkhidmatan bas henti-henti tidak menguntungkan, atas dasar tanggungjawab bantuan tetap diberikan sejak 2012 lagi kepada lima syarikat bas tersebut.

“Menjalankan operasi bas henti-henti memang tidak menguntungkan sebab itu ada beberapa laluan yang tiada kerana operator kata pengangkutan persendirian lebih banyak di negeri ini,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Teoh Boon Kok (DAP-Kota Darulaman) yang ingin tahu usaha kerajaan negeri menyediakan kemudahan asas pengangkutan awam di Kedah berikutan perkhidmatan bas henti-henti kurang kelihatan di beberapa kawasan.

Menurut Tajul Urus, antara syarikat yang mendapat bantuan tersebut ialah Kenderaan Langkasuka Sdn Bhd yang mendapat RM1.1 juta, Kuala Kedah Transport Co Sdn Bhd (RM23,033) dan The Jalan Langgar Transport Company Bhd (RM46,005).


Kerajaan negeri katanya juga sedang berbincang dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat untuk melaksanakan perkhidmatan bas henti-henti yang lebih cekap dan teratur.

“Mengikut perancangan, ia akan dilaksanakan di Kedah pada tahun hadapan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori