Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

MLM2014: Farah Quinn Akui...

SALAH seorang juri Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014), Farah Quinn mengakui dia lebih...

Kekangan Ekonomi Tak Halang...

KUALA LUMPUR - Walaupun dengan perlaksanaan GST pada tahun 2015 dan kelemahan ringgit...

Projek Qi City Bernilai...

IPOH - Projek pembangunan strategik kerajaan negeri Perak Qi City bernilai RM1.2 bilion...

Ubah Kerusi Najib, Itu...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak tahu-menahu mengenai...

Kekurangan Doktor Pakar Ditempatkan Di Luar Bandar

BEAUFORT – Kementerian Kesihatan kekurangan doktor pakar untuk ditempatkan di hospital kerajaan di seluruh negara terutama di kawasan luar bandar, kata Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata ramai doktor pakar beralih ke hospital swasta kerana tawaran gaji yang lebih tinggi berbanding di hospital kerajaan.

Katanya biarpun kementerian telah menyediakan skim Pesakit Bayar Penuh dan mengkaji semula beberapa inisiatif termasuk menambah elaun mereka, namun kementerian masih tidak mencukupi doktor pakar.

“Contohnya, Hospital Beaufort telah dinaik taraf, tetapi kementerian gagal menempatkan khidmat doktor pakar di sini disebabkan masalah ini (kekurangan pakar),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sabah di Dewan Pa’ Musa di sini hari ini.

Mengenai kemudahan klinik kesihatan di negeri ini, Dr Hilmi berkata pihaknya akan menaik taraf beberapa klinik kesihatan.

Beliau juga berkata kementerian turut merancang untuk membina sebuah Klinik Kesihatan Tahap Kedua bernilai RM30 juta bagi menampung kesesakan pesakit luar di Hospital Beaufort. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori