Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditemukan Lemas Ketika...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika mandi di sebatang sungai...

Sokong Serangan Udara Libya,...

DOHA - Qatar memanggil dutanya ke Mesir hari ini untuk menjelaskan mengenai siri serangan udara...

Hubungan Baik Mudahkan Malaysia...

KUALA LUMPUR - Keakraban hubungan luar Malaysia dengan banyak negara memudahkan negara ini...

Polis Siasat Berita Palsu...

SEREMBAN - Polis membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook disyaki...

‘Kembar’ Datuk Lee Chong Wei Jadi Tarikan Di FB

WAJAH dan paras rupa seorang wanita Melayu yang kelihatan mirip seperti wira badminton negara, Datuk Lee Chong Wei membuatkan dirinya menjadi ‘bintang’ apabila menerima banyak permintaan orang ramai yang mahu menjadi rakan di Facebook.

Ia berikutan ucapan tahniah yang diutuskan oleh wanita berkenaan, Ika Syazwani, 24 kepada Chong Wei di Facebooknya sempena acara sukan badminton perseorangan lelaki di Sukan Olimpik Rio.

“Tahniah kepada kembar saya! #DatoLCW,” tulisnya yang turut disertakan dengan gambar dirinya dan Chong Wei bersebelahan.

'Kembar' Datuk Lee Chong Wei Jadi Tarikan Di FB

Status dan gambar tersebut turut dikongsi berkali-kali oleh netizen dan ada diantaranya ingin mengenali ika secara peribadi.

“Siapa sangka ada orang yang merasakan wajah saya mirip Datuk Lee Chong Wei. Mungkin kerana kami mempunyai struktur muka yang sama,” kata Ika yang mempunyai darah kacukan Cina daripada sebelah neneknya.

Ia salah satu daripada beberapa siri status yang dimuatnaik dengan menggelarkan dirinya sebagai kembar Chong Wei.

Ini bukan kali pertama Ika menarik perhatian ramai kerana wajahnya mirip Chong Wei. Imejnya pernah menjadi viral sejak 2013 dan dia kembali mendapat perhatian selepas Chong Wei meraih pingat perak di Olimpik Rio.

'Kembar' Datuk Lee Chong Wei Jadi Tarikan Di FB


'Kembar' Datuk Lee Chong Wei Jadi Tarikan Di FB

“Saya sentiasa ingin ketawa mengenai perkara ini kerana bagi saya segalanya amat kelakar. Saya tidak menjangka ia akan menjadi viral,” katanya seperti yang dipetik The Star Online.

Menurutnya, selaku peminat Chong Wei, dia sentiasa menonton semua siaran langsung perlawanan beliau di Sukan Olimpik Rio dan terus mengemaskini status perlawanan di Facebook miliknya.

“Datuk Lee sangat hebat. Saya begitu teruja sehingga pernah berasa untuk ke Rio. Ia lebih mengujakan apabila Datuk Lee mara ke peringkat akhir. Saya sangat bangga,” katanya.

“Semasa perlawanan akhir, dia kelihatan letih. Mungkin tidak mendapat rehat yang cukup selepas perlawanan separuh akhir.

“Secara keseluruhan, Datuk Lee adalah yang terbaik. Walaupun beliau memenangi pingat perak, tetapi kita semua tahu beliau adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Tahniah sekali lagi,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori