HANYA dengan menonton 14 episod program Labaikallah, penonton berpeluang memiliki sebuah kereta, tiga motorsikal, enam tiket umrah dan pelbagai lagi hadiah menarik untuk dimenangi.
Penonton hanya perlu menjawab satu soalan setiap hari, kumpul dan hantar ke TV AlHijrah. Pemenang akan diumumkan sebaik Musim Haji berakhir.
Lima kru Tim Haji TV AlHijrah kini sudah berada di Mekah Al Mukaramah bagi memastikan liputan Musim Haji tahun ini sebagai Musim Terbaik dalam sejarah enam tahun saluran TV Islam Nombor Satu itu bersiaran.
Kempen ini dilancarkan sebagai usaha perkongsian menghayati Musim Haji melalui program ilmu Labaikallah.
Penonton akan mendapat pelbagai maklumat terkini perkembangan Ibadah Haji serta ramuan ilmu dalam melaksanakan Rukun Islam Kelima itu.
“Anda tunggu!” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah: “Detil maklumat kempen ini akan diumumkan segera!” – MYNEWSHUB.CC