Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Abdullah Ahmad Badawi Dilantik...

KUALA LUMPUR - Kabinet hari ini bersetuju dengan pelantikan bekas Perdana Menteri Tun...

Dewan Ulama PAS Ingatkan...

KUALA LUMPUR - Resah dengan pergolakan dalaman yang sedang berlaku dalam parti PAS...

Polis Tahan Empat Anggota...

BUKIT MERTAJAM - Empat anggota geng ‘Man Kuda’ yang telibat dalam kegiatan curi...

DAP Bantah Tayang ‘Let...

KUALA LUMPUR - DAP membantah tindakan UMNO menayangkan video yang membuktikan kaum Melayu...

Kenal Pasti Atlet Prospek Pingat Bagi Olimpik 2020

KUALA LUMPUR – Persatuan sukan kebangsaan perlu segera mengenal pasti atlet mereka yang berpotensi memberikan pingat untuk memulakan persiapan awal bagi menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja’afar turut mengingatkan semua persatuan sukan kebangsaan untuk bekerjasama rapat dengan Majlis Sukan Negara dan Institut Sukan Negara bagi memastikan atlet yang berpotensi itu dapat membuktikan kemampuan mereka di Tokyo.

“Persatuan sukan seharus sudah tahu sekarang siapa dalam kalangan atlet mereka untuk ke Tokyo kerana tempoh empat tahun bukannya lama. Oleh itu, mereka harus mengenal pasti dari sekarang atlet yang perlu menjalani latihan khusus atau sebagainya.

“Di Rio, kita mendapat keseluruhan lima pingat dan tidak terlalu bergantung kepada hanya satu sukan untuk meyumbang pingat. Oleh itu, kita harapkan lebih banyak sukan akan menyumbang pingat kepada kontinjen negara di Sukan Olimpik 2020,” katanya.

Tunku Imran berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco MOM kali ke-179 di Wisma OCM, di sini hari ini.


Di Sukan Olimpik Rio de Janeiro yang baru berakhir, Malaysia meraih empat pingat perak dan satu gangsa dengan badminton menyumbang tiga perak menerusi Datuk Lee Chong Wei (perseorangan lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (beregu lelaki) dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (beregu campuran).

Pasangan terjun negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong turut menyumbang perak dalam acara 10m platform seirama manakala pelumba basikal yang berpangkalan di Melbourne, Australia Azizulhasni Awang menyumbang gangsa dalam acara berbasikal keirin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori