Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Kurikulum Bersepadu Tahfiz Menjelang...

SEREMBAN – Kurikulum Bersepadu Tahfiz akan dilaksanakan di semua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan...

19 Jun Keputusan Pelucutan...

KUCHING - Keputusan berhubung saman difailkan Dr Ting Tiong Choon daripada DAP terhadap...

Kastam Rampas 300 Kg...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kastam Diraja Malaysia menahan dua lelaki tempatan dan merampas...

Kuching Dilanda Banjir Kilat

KUCHING – Hospital Umum Sarawak (HUS) adalah antara tempat yang dilanda banjir kilat...

Kerajaan Malaysia Kutuk Serangan Bom Di Pakistan

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya kejadian serangan bom di Quetta, Baluchistan, Pakistan pada 8 dan 11 Ogos lalu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, kejadian itu meragut kira-kira 73 nyawa dan mencederakan ramai yang lain.

“Kerajaan Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Republik Islam Pakistan serta keluarga mereka yang terlibat dalam serangan itu.

“Kerajaan Malaysia menganggap serangan terbaru itu sebagai tindakan keganasan dan pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan,” tegas kenyataan itu hari ini.

Kementerian Luar bagaimanapun memaklumkan, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian serangan bom berkenaan.


“Kementerian Luar melalui SUruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad akan terus memantau situasi ini dari semasa ke semasa,” kata kenyataan itu.

Media sebelum ini melaporkan Kira-kira 70 orang terbunuh manakala lebih 100 lagi cedera dalam serangan bom di sebuah hospital di bandar Quetta berhampiran wilayah barat daya Baluchistan.

Menurut seorang saksi, letupan bom berlaku ketika beberapa wartawan dan peguam sedang mengiringi jenazah peguam terkemuka, Bilal Anwar Kasi yang ditembak mati dalam satu kejadian berasingan. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori