Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Tak Layan Sebarang...

PUTRAJAYA — Malaysia hari ini menegaskan sekali lagi pendiriannya yang tidak akan mengiktiraf...

VIDEO: Pencuri Guna Anak...

Ternyata status seorang suami dan bapa tidak mampu menyekat perbuatan jahat seorang lelaki...

Masukkan Anak Dalam Peti...

Kegilaan apakah ini? Seorang bapa yang meninggalkan bayi perempuannya yang berusia enam bulan...

Varian BA.5.2 Dan BF.7...

PUTRAJAYA: Varian BA.5.2 dan BF.7 COVID-19 yang sedang menular di China, dikesan sudah...

Kerajaan Negeri Perak Tidak Rancang Roboh Pusat Pelajar Islam

IPOH – Kerajaan negeri Perak tidak mempunyai sebarang perancangan untuk merobohkan Pusat Pelajar Islam (PPI) di sini, sebagaimana yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk memartabatkan sekolah agama di Perak.

“Malah kerajaan negeri kini sedang berusaha menubuhkan sekolah atau pusat tahfiz di setiap daerah,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai berita viral yang menyebut PPI akan dirobohkan oleh pihak kerajaan negeri dan digantikan dengan pembinaan kondominium mewah.

“Berita palsu…tiada usaha untuk gantikan kepada kondominium. Orang ramai diminta tidak mempercayai berita yang tiada kesahihannya,” katanya.


PPI ditubuhkan oleh Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak pada 1991 antara lain untuk menyemarakkan ilmu dan pendidikan yang mapan kepada pelajar-pelajar di samping memartabatkan keunggulan Islam di negeri itu.

Pusat itu menawarkan kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa), pra kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Pra Kafa), kelas taman didikan kanak-kanak (Tadika); taman asuhan kanak-kanak (Taska) dan pusat jagaan kanak-kanak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori