Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penganggur Dipenjara, Cabul Kehormatan...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 bulan dengan satu sebatan...

Pembayaran Bantuan Khas Covid-19...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah mengarahkan agar Bantuan...

Jerebu Di Sri Aman...

KUCHING - Keadaan jerebu di Sri Aman makin buruk dengan bacaan Indeks Pencemaran...

Kerajaan Akan Laksana Pembaharuan...

Kerajaan akan melaksanakan program dan pembaharuan sistem pembekalan elektrik negara sebagai langkah awal...

Kes Kemalangan Di Jalan Penang Sebagai Kes Bunuh

GEORGE TOWN – Pihak polis telah mengklasifikasikan semula kes kemalangan jalan raya awal pagi semalam di Jalan Penang di sini sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata setelah pihak polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu, polis mendapati bahawa kereta tersebut telah melanggar motosikal berkenaan dengan sengaja hingga mengakibatkan kematian penunggangnya S.Muniandi, 42, yang berasal dari Batu Ferringhi.

“Selepas pelanggaran itu, rakaman CCTV juga menunjukkan bahawa dua suspek telah keluar dari kereta Persona yang melanggar mangsa dan memukulnya beberapa kali dan meninggalkan kereta itu setelah merempuh sekatan jalan raya pihak polis,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata suspek kemudian melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Mior Faridalatrash berkata kereta itu telah dibawa ke Balai Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan.

Dalam pada itu Mior Faridalatrash turut menyangkal laporan sesetengah pihak bahawa mangsa telah meragut beg kepunyaan pemilik kereta Persona tersebut sebelum dilanggar berdasarkan rakaman percakapan seorang saksi yang mengaku berada di tempat kejadian semasa kemalangan itu berlaku.

“Wanita yang telah memberi keterangan tersebut telah ditahan polis kerana memberikan keterangan palsu dan polis percaya beliau cuba untuk mengaburi mata pihak berkuasa. Siasatan awal juga mendapati beliau mempunyai satu rekod lampau berkaitan kes pecah rumah pada tahun 2005 dan dikehendaki pihak polis,” katanya.


Beliau berkata menurut ibu kepada si mati, beliau telah keluar rumah pada jam 1 pagi untuk bertemu rakan dan menjamu selera dan ibunya telah memberikan RM20 untuk duit belanja.

“Polis juga telah menahan ayah kepada pemilik kereta Proton Persona yang berumur 60 tahun untuk membantu siasatan.

“Polis sudah mengenal pasti dan sedang memburu dua orang yang disyaki terlibat secara langsung dalam kes ini. Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Katanya setakat ini, tiga laporan polis telah dibuat dan polis akan menyiasat kes tersebut dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori