Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Kerajaan Sedia Rombak Akta...

GEORGE TOWN - Kerajaan bersedia merombak semula Akta Perikanan 1985 sekiranya terdapat kelemahan...

Kenaikan Elaun Kurangkan Beban...

KUANTAN - Langkah kerajaan menaikkan elaun sara hidup nelayan Zon A, B dan...

Jalinan Kerjasama Dengan Negara...

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan mengadakan kerjasama dengan beberapa negara dalam usaha menaja...

Pejabat Tourism Tutup Tak...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata penutupan...

Kes Viral Ibu Hamil Curi Sarung Tangan Bayi Dibebas

MASIH ingat lagi berita viral mengenai kes seorang ibu sarat hamil lapan bulan dihukum penjara selama 14 hari selepas mengaku bersalah mencuri sarung tangan bayi.

Untuk makluman anda, Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan pada Rabu telah memutuskan untuk membebaskan tertuduh, Tuan Maziham Yasma Tuan Abdul Wahab.

Keputusan ini diputuskan oleh Hakim Ahmad Bache yang membuat semakan semula terhadap tertuduh seterusnya mengurangkan hukuman penjara wanita berkenaan daripada 14 hari kepada hanya tiga hari.

Susulan itu, hukuman Majistret Ahmad ‘Adha ‘Amir Yasser Amri, pada 8 Ogos lalu telah diketepikan.

“Mereka yang bersalah atau mengaku salah atas kesalahan yang dilakukan, perlu dihukum mengikut undang-undang. Sebagai House of Justice, mahkamah bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan awam.

“Mahkamah meneliti hak kamu, walau bagaimanapun kepentingan awam tetap mendahului kepentingan diri kamu sendiri. Mahkamah juga perlu menyampaikan mesej yang sewajarnya kepada masyarakat.

“Kes ini khusus kepada kamu yang perlu berehat di rumah dalam keadaan sekarang (bakal bersalin), tetapi ingat, saya memberi amaran kepada sesiapa pun, tidak boleh melakukan jenayah dengan menggunakan apa-apa alasan sekalipun,” kata Ahmad Bache.


Mengikut kertas pertuduhan, Tuan Maziham Yasma, 39, didakwa mencuri dua pasang selipar, enam pasang baju, sehelai baju-T kanak-kanak dan tiga pasang sarung tangan bayi yang bernilai RM165.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada pukul 3.55 petang, 21 Mac 2009.

Tertuduh bekerja sebagai wakil jualan di sebuah pasar raya, manakala suaminya merupakan buruh. Pasangan ini mempunyai empat anak masing-masing berusia 12, 9, 5 dan 4 tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori