Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KKM Nafi Jemaah Umrah...

KUALA LUMPUR – Penularan maklumat di media sosial berhubung seorang jemaah umrah sedang...

Terengganu Jalani Latihan Di...

KUALA TERENGGANU - Skuad sepak takraw Terengganu kini giat menjalani latihan di Thailand...

Murid Prasekolah Tahan Sakit...

KUALA LUMPUR - Seorang murid prasekolah terpaksa menahan kesakitan lebih 20 minit selepas...

VIDEO: Upacara Pengebumian Abu...

Semalam, kami telah siarkan berita tentang seorang mujahidin Malaysia di Syria dikenali sebagai...

Kes Zika Di Singapura Cecah 82 Orang

KEMETERIAN Kesihatan dan agensi Alam Sekitar (NEA) Singapura mengesahkan jumlah kes jangkitan virus zika di republik itu kini meningkat kepada 82 orang.

Ini menjadikan peningkatan secara mendadak sebanyak 26 kes membabitkan mereka yang berkerja dan menetap di sekitar pinggir timur Aljunied, di mana kebanyakan kes bertumpu.

Kebanyakan kes awal jangkitan adalah buruh asing yang bekerja di projek pembangunan kondominium.

Republik itu kini sedang berjuang menghapuskan nyamuk di mana kakitangan NEA dan kontraktor swasta melakukan lawatan dari rumah ke rumah untuk memeriksa tapak pembiakan nyamuk sementara pengawal makhluk perosak, menyembur kawasan terjejas dengan racun serangga.

Kes Zika Di Singapura Cecah 82 Orang

Dilaporkan sebanyak 5,000 daripada 6,000 rumah di kawasan yang terjejas semalam diperiksa dan sebanyak 39 tapak pembiakan nyamuk telah dimusnahkan.


Mereka yang didapati gagal menghapuskan tempat pembiakan di rumah boleh didenda sehingga S$5,000 (RM14,900.12).

Dalam tempoh 24 jam lalu, 111 individu melalui ujian saringan zika dan kesemuanya didapati negatif.

Semua wanita hamil di Singapura yang bukan berada di kawasan terjejas virus zika digesa supaya tampil menjalani ujian saringan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori